SEGARNYA NAFASKU.
December 02, 2016
Assalamualaikum...
Sudah hampir hari keempat aku berjaya mengharungi status sebagai bukan perokok.
Macam yang aku tulis sebelum ni .Penangan..sidia. Jujur aku cakap tau, memang la rasa ada satu yang 'kurang' dan otak mulai ligat berfikir, hati kata "ala hisaplah, hisaplah". Fuhh bercerau peluh!
Paling beban yang aku rasa apabila lepas makan, suara-suara halus datang membisik heheee. Lantaklah!! kata hatiku ini. Dan tarikh 25hb yang lalu aku berjumpa dengan doktor yang sama dan klinik yang sama. Macam kebiasaannya aku akan diuji baik dari segi paru-paru aku malahan juga dari tahap nirkotin aku.
Alhamdulillah ada peningkatan pada tahap nirkotin aku dan berada pada paras normal. Setelah diuji tahap nirkotin aku hanya pada skala 02. Maka itu dah bagus beb hehee.
Alhamdulillah ada peningkatan pada tahap nirkotin aku dan berada pada paras normal. Setelah diuji tahap nirkotin aku hanya pada skala 02. Maka itu dah bagus beb hehee.
Ini untuk menilai tahap paru-paru korang.
Boleh tahu kalau paru-paru sihat dengan paru-paru
seorang perokok
Lepas ujian nirkotin ada lagi beb. Kali ini untuk paru-paru aku pulak. Maka full mark pun aku skor la, manakan tidaknya. Nirkotin tiada paru-paru anda pun semakin sihat.
Apa yang aku sedari terasa kelainan yang ketara iaitu bab dalam mengawal pernafasan aku sebelum aku berhenti dan selepas proses mendapatkan rawatan untuk berhenti merokok Allah sahaja yang tahu. Ini mungkin kerna aku sudah pun tidak mempunyai nirkotin yang tidak sihat didalam paru-paruku lagi beb. Yang paling syiokk, bangkit pagi tu...nafas rasa memang lancar beb. Dan sebelah malamnya pula aku dah tidak merasai gelisah yang teramat sangat.
Apa pun...kalau nak berhenti merokok pada mata dan fikiran aku, jumpalah doktor dan banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T.
Fkirkan
Rokok punya pasal
Habis segala Hal.
Fkirkan
Rokok punya pasal
Habis segala Hal.
0 comments
Sambunglah taip pulak.....