Permotoran

PENJAGAAN TAYAR YANG SERING KITA ABAIKAN

December 19, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tayar ooooo tayar..memanglah amat penting, aku rasa dalam aspek sesebuah jentera pengangkutan amnya dan kereta khusunya. Bagi aku bab penjagaan tayar kereta ini amatlah mustahak, 

Kalau sudah tayar bermasalah habis kereta juga akan turut bermasalah..yer la...udah tayar rosak macam mana kereta mau gerak heheheee...

Al kisah petang sebelum cuti minggu lepas tayar kereta kebalku bermasalah setelah hampir 5 tahun menggunakan khidmat tayar tersebut...sampai pomen tayar itu menunjukkan reaksi muka agak terkejut..." waahhh....manyak lamaaaa..." dalam dialek cina bercakap melayu.


Beginilah tayarku setelah hampir 5 tahun


So taukeh kedai tayar itu memberikan beberapa cadangan jenis tayar serta harga.

  •      Jenis Michellin  185/60 R14  RM 185/pc.

  •      Jenis Hankook 185/60 R14 Rm 120/ pcs .

  •      Jenis Used Tayar Keadaan Bunga Dalam 70% Rm 65.

Aku bila melihatkan keadaan tayar Second tu...telan guli beb....lantas my wife aku telefon dan keputusan pun berat kepada Jenis Hankook tersebut memandangkan agak murah dari kedai tayar yang lain. Jadi maka dengan rasminya aku pun memilih tayar dari jenis tersebut memandangkan tayar kereta aku yang lagi dua pasang itu masih agak baru ditukar gantinya.

Apa yang aku agak memeranjatkan aku bila si pomen itu memberikan aku beberapa tips penjagaan tayar bagi mengelakkan tayar cepat haus atau mengalami kerosakkan secara tanpa kita sedari. Dan mungkin juga korang pun tahu juga dan ambil mudah dalam bab penjagaan tayar kereta korang.

Antara yang menarik perhatian aku ialah:

  1. Abang you mesti buatkan allignment atau balancing ini tayar sekurang-kurangnya setahun sekali dan paling bagus setiap enam bulan sekali.




Ini dok buatkan alligment tayar menggunakan perkomputeran.
                                                 


  2. Abang you tau ka kenapa tayar cepat rosak atau haus...sebab malas mau bikin allignment atau balancing tayar.



Tempat balancing tayar .

 3. Paling penting setiap 3 hari u mesti periksa keadaan tayar tau abang...

 4. Absorber pun you mau check juga tau abang, you mesti tengok dia punya spring atau batang absorber itu ada minyak keluar atau sudah rosak dengan cara menekan kereta di setiap penjuru.

 5. Jangan selalu gunakan chemical pencuci tayar abang, sebab nanti tayar abang akan cepat rosak dia punya getah tau abang.


Demikian tips yang agak rare jugak bagi aku, iyalah seingat aku sudah hampir setahun lebih aku tidak membuat perkara yang pomen itu bagitau.



Peralatan yang digunakan untuk menukar tayar.

Dalam pomen itu dok perbetulkan apa yang patutnya sempat lagi beliau memberikan ilmu panduan penjagaan tayar.

So bagi aku bab dalam penjagaan tayar ini amat penting kerna paling terkesan andai tayar tidak jaga dengan betul ialah bila masa selekoh yang agak tajam dan laju ketika mengambil selekoh tersebut mungkin akan terjadi perkara yang korang pun tidak mahu berlaku betul dak....

Maka tayar kereta andai dijaga dengan elok dan betul akan memberikan langkah keselamatan semasa anda sekeluarga mahupun sendirian akan lebih selamat.


Tips

Langkah berhenti Rokok Secara Sihat

December 08, 2016



Assalam dan salam sejahtera korang

Kepada perokok perokok tegar mahupun secara amatur malahan yang baru mengenali apa itu rokok harus sedar yang benda dipanggil rokok itu tidak sihat langsung malahan boleh mengakibatkan insan-insan disekeliling anda akan turut terdedah kepada risiko penyakit merbahaya.


bukan rokok je merbahaya, VAPE pun bahaya juga tau!


Duit yang korang dapat jimatkan andai berhenti dari jadi perokok


Ok, jika korang ingin berhenti merokok secara sihat dan teratur aku nak bagi tips sikit ni. Antara langkah permulaan yang korang boleh ambil :

1. Niat

Walau apapun yang korang hendak lakukan haruslah mempunyai niat, dalam erti kata yang mudah paham ialah tidak akan terjadi sesuatu tanpa niat. Alaa macam korang hisap rokok la, memula niat nak cuba last-last terus lekat hisap rokok sampai tua hehee

2. Kenapa?

Ya kenapa harus aku berhenti merokok...? Korang senarai pendekkan kenapa harus berhenti merokok. Tulis la apa yang menyebabkan kenapa korang mengambil langkah untuk berhenti merokok

3. Otak

Yerr la..dah korang niat lepas itu korang senarai pendekkan kenapa harus berhenti merokok. Nah otak pun mainkan peranan dalam proses awal berhenti merokok. Mau tidaknya, jika sebelum ini otak dok fikir rokok cuba buangkan perkataan ROKOK dari dalam kamus hidup.

4. Tanamkan

Ini bagiku harus ada untuk membolehkan semangat korang tidak luntur untuk berhenti merokok. Memang pada awalnya korang akan merasa serba tidak kena. Pasal itulah korang harus TANAMKAN perasaan benci akan rokok dan benci asap rokok

5. Dapatkan rawatan

Setelah korang pasang niat, senarai pendekkan kenapa korang nak berhenti merokok dan korang dah pun tanamkan perasaan benci kepada rokok, aku nasihatkan korang dapatkan rawatan susulan di KLINIK KESIHATAN KERAJAAN yang menawarkan khidmat bagi sesiapa sahaja yang inginkan kehidupan yang lebih sihat. 

contoh ubat berhenti merokok

contoh ubat berhenti merokok


Korang akan dibekalkan ubat-ubatan mengikut keterangan yang korang berikan kepada doktor yang bertanggungjawab. Dah makan ubat tak bermaksud korang tak perlu jumpa doktor. Korang akan dipantau setiap beberapa minggu bagi memastikan korang konsisten makan ubat dan cuba untuk mengurangkan merokok.



Bagi aku nak berhenti merokok terus itu akan mendatangkan kesan sampingan yang mungkin tidak nampak sekarang dan mungkin pada masa akan datang, itulah yang harus di elakkan.

Walau sesiapa pun anda, ingatlah berhenti merokok ini bukan sahaja kesannya baik untuk korang..malah dari segi duit ringgit pun akan korang dapat berjimat dan yang paling penting bagi yang sudah berkeluarga malahan dah ada anak itu lagilah harus.


rokok membunuh!


Bulatkan niat..
Perbetulkan tekad.
Mudah-mudahan akan menjadi manusia yang normal


Life style

SEGARNYA NAFASKU.

December 02, 2016



Assalamualaikum...


Sudah hampir hari keempat aku berjaya mengharungi status sebagai bukan perokok. Macam yang aku tulis sebelum ni .Penangan..sidia. Jujur aku cakap tau, memang la rasa ada satu yang 'kurang' dan otak mulai ligat berfikir, hati kata "ala hisaplah, hisaplah". Fuhh bercerau peluh! 

Paling beban yang aku rasa apabila lepas makan, suara-suara halus datang membisik heheee. Lantaklah!! kata hatiku ini. Dan tarikh 25hb yang lalu aku berjumpa dengan doktor yang sama dan klinik yang sama. Macam kebiasaannya aku akan diuji baik dari segi paru-paru aku malahan juga dari tahap nirkotin aku.

Alhamdulillah ada peningkatan pada tahap nirkotin aku dan berada pada paras normal. Setelah diuji tahap nirkotin aku hanya pada skala 02. Maka itu dah bagus beb hehee.

Aku sedang menguji tahap nirkotin aku. 
Alat khas ini untuk pantau samada korang tipu atau jujur... 


Maknanya aku dah berjaya mengharungi hidup yang lebih sihat atau lebih tepat bukan sebagai perokok.



Ini untuk menilai tahap paru-paru korang. 
Boleh tahu kalau paru-paru sihat dengan paru-paru 
seorang perokok


Lepas ujian nirkotin ada lagi beb. Kali ini untuk paru-paru aku pulak. Maka full mark pun aku skor la, manakan tidaknya. Nirkotin tiada paru-paru anda pun semakin sihat.

Apa yang aku sedari terasa kelainan yang ketara iaitu bab dalam mengawal pernafasan aku sebelum aku berhenti dan selepas proses mendapatkan rawatan untuk berhenti merokok Allah sahaja yang tahu. Ini mungkin kerna aku sudah pun tidak mempunyai nirkotin yang tidak sihat didalam paru-paruku lagi beb. Yang paling syiokk, bangkit pagi tu...nafas rasa memang lancar beb. Dan sebelah malamnya pula aku dah tidak merasai gelisah yang teramat sangat.

Apa pun...kalau nak berhenti merokok pada mata dan fikiran aku, jumpalah doktor dan banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T.

Fkirkan

Rokok punya pasal
Habis segala Hal.

Life style

TEKADKU

November 22, 2016


Assalamualaikum semua...


Tajuk pun dah TEKAD...so maknanya aku pun tekad untuk sambung ceritaku yang lepas iaitu terjebak ROKOK... Aku bermula menghisap rokok pada tahun 1996 seawal memasuki era sekolah menengah. 

Betul beb, zaman sekolah kalau menghisap rokok woooww  dianggap sebagai pelajar yang macho la,  Nah rokok pertama yang ku sedut adalah Rokok Suria. Ya, sebab apa? sebab arwah ayahku dahulu hisap rokok jenis itu, lantas nak free punya pasal la aku rembat rokok arwah ayahku hehee. 



Selepas itu..duit belanja yg diberikan oleh ayahku aku tekad membeli rokok sendiri ya...masaku dahulu jenama DUNHILL la apalagi dan korang akan rasa macho beb bila ada rokok sendiri. Mujur masa tu, sekotak rokok hanya berharga rm3.50. La pergi beli tengok 😥

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tersangkut di pagar jua, arwah ayahku dapat tahu 😰 Aku diberi dua pilihan; SEKOLAH atau HISAP ROKOK SAMPAI MAMPOS...hahahaa. Jawapan selamat, maka aku pilih sekolah padahal kat belakang merokok juga kahkahkah!

Ya, setelah aku menghisap hampir 20 tahun aku tekad memandangkan segala jenis rokok yang bercukai bapak mahal...aku tukar kepada rokok tak bercukai atau seludup la senang cakap... Sampai tahap nak sedut pun dah tak rasa apa apa dah... 




Ok...nanti kisah ini akan bersambung untuk memberi laluan kepada idea yang baharu...


TEKAD ADALAH JALAN YANG TERBAIK DENGAN NIAT YANG BETUL...

INSYAALLAH...

Life style

Langkah

November 21, 2016



Assalamualaikum ....

Ya..langkah demi langkah aku atur untuk melalui kehidupan. Langkah pertama yang aku ambil adalah dengan alam persekolahan. Mulai dengan alam tadika membawa kepada alam sekolah rendah. Malah selesai selesai alam sekolah rendah aku memijakkan kakiku ini ke alam sekolah menengah di sekolah yang biasa sahaja dek kerana sikap aku yang malas untuk belajar bersungguh-sungguh,nah ambik habuan bak kata keramat arwah ayah aku dahulu. 

Namun setelah aku memijakkan kaki ini ke alam sekolah menengah, langkah kakiku ini makin tidak berkemudi. Aku akhirnya terlibat dengan bermacam segala jenis kegiatan di sekolah. Seingat aku la...memula mencuba benda yang dianggap sebagai boleh menarik perhatian wanita cewaahhh....ya...ROKOK..


sumber : google


Akhirnya aku terjebak seawal di tingkatan satu lagi... Dan kerna rokok la aku di belasah teruk oleh arwah ayah dahulu. Namun dek kerna kedegilan untuk menjadi macho man at that time...aku pun teruskan sehingga aku mendapatkan LESEN MEROKOK LA.. 

Akhirnya sampai tahap yang korang akan mulai terdetik diQalbu....sampai bila aku harus....heheheee.....sedih beb...kalau nak ikutkan dari awal sehingga sekarang dah dekat puluhan ribu riban duitku hangus...

Akhirnya aku bulatkan tekadku dan niatku untuk berhenti secara sihat dek kerna ingin menjalani kehidupan yang lebih segar...


sumber : google


Nah...
KERANA SEBATANG ROKOK
HIDUP DAH MULA MENJADI KEKOK...

Apa-apa pun....ada masa kita bertemu lagi.

Life style

Hati Ini

November 21, 2016


Assalamualaikum...


Ya...tajuk pun hati ini..so dek kerna hati inilah aku menjadi seorang perokok yang tegar. Kalau dahulu sehari aku boleh habiskan sebanyak 2 kotak setengah sahaja itu belum lagi bila kena pegi kerja luar kawasan...adoi keras sungguh hati ini.

Azab oooiii...mana tak azabnya...duit...kesihatan badan dan paling penting orang yang disekeliling aku..ya..mak aku ada cakapkan kat aku masa bujang...tetapi aku buat tak endah sahaja. Malah masa nikah pun mak aku ada pesan... "Bini ang ja yang tau ajaq ang lan oiii" Haaa...sekarang baru faham akan maksud ayat mak aku dulu.

sumber : google


Sejak dua menjak ni, aku kurangkan dari sekotak sehari, sehinggalah sekotak dua atau tiga hari. Dan aku mulai kurangkan dari 10 batang turun kepada 4 batang. Sehinggalah aku nekad untuk berhenti dengan jayanya ceeewaaah. Hati ini mulai terdetik...sampai kapan mahu hisap rokok. Sebab itu aku relakan hati pegi mendaftar untuk berhenti merokok di Klinik di kawasan perumahan aku. Hati ini sedikit memberontak...namun aku gagahkan jua, demi insan yang aku sayangi

Ya makku, isteriku dan anak-anakku... Semoga Allah permudahkan dan membantu aku untuk berhenti merokok.

Tapi yang syiokkan..klinik ni akan pantau kita selang seminggu...so aku pun cuba, untuk memujuk hatiku ini agar boleh berhenti dari merokok. Bekalan ubat dibekalkan agar aku dapat melupakan seketika untuk melayani nafsu merokokku.

Apa yang dihati...

ANDAI ROKOK DIHATI
MAKA HATI AKAN MATI
ANDAI NIAT BERHENTI
INSYAALLAH ITU PASTI.

Life style

Pembuka bicara ...

November 16, 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

Kepada sesiapa yang sudi singgah dan membaca blog permulaan aku ini.

Ok....kenapa aku pilih perahu...

Ini disebabkan perjalanan hidupku ini semacam perahu.
Dalam realiti kehidupan, andai perahu tidak dikemudi atau didayung dengan betul maka perahu tersebut akan terumbang ambing dan  mungkin akan tenggelam terus ditelan arus sungai.

Nah...samalah juga dalam kehidupan andai diri sendiri tidak berjalan dijalan yang betul maka hidup kita pun akan terumbang ambing dan mungkin akan terus tenggelam dalam arus dunia yang penuh tipu daya yang memang telah disediakan.

Andai pandai mengemudi kehidupan maka beruntunglah kehidupan didunia dan semestinya di Akhirat yang kekal abadi.

Disebabkan itu jugalah nama blog aku ni aku namakan sebagai perahuhidupku.blogspot.com.

Jadi janganlah sampai kita tersalah mengemudi akan kehidupan kita.
Kalau ke kanan kita kemudi maka ke kanan juga yang ditujui.
Namun andai ke kiri kita mengemudi haruslah segera berpatah balik.
Apa-apa pun yang kita lakukan haruslah menggunakan akal dan fikiran.

InsyaAllah ada masa lagi aku akan menulis lagi.

Life style

Penangan..sidia

November 15, 2016

Assalamualaikum... 

Hai bertemu kembali...

Alhamdulillah semoga aku dan pembaca berada dalam limpahan nikmat Yang Maha Esa. Penangan aku dapat dari hasil cubaan aku untuk berhenti dari terus menjadi seorang perokok yang tegar dan berterusan dalam hidup aku sebagai perokok.


Bilik doktor yang bertanggungjawab kepada
yang ingin berhenti merokok


Nah, dari 4 batang sehari aku mampu turunkan kepada 1 batang sahaja. Pada pagi  11 Nov 2016 aku berjumpa dengan doktor yang sama..dan ucapan yang pertama keluar dari mulutnya adalah,"alhamdulillah encik datang untuk minggu ni", waaahhh...kembang terus hidungku yg memang kembang nih😂. 


Alat khas, tidak boleh tipu kalau hisap rokok


Sebelum aku masuk ke bilik doktor, aku disaring terlebih dahulu oleh sister klinik tersebut. Aku ditimbangnya berat, aku meniup sejenis alat yang bertujuan untuk menguji paru paruku. Pergh, meningkat dari minggu pertama aku ke klinik itu. Habis bab uji peparu, aku diuji pulak kandungan nikotin dalam pernafasan aku. Dari bacaan yang agak tinggi minggu lepas pada paras 18, pagi ini aku mampu tersenyum puas sebab bacaan hanya pada paras 4. 

Memang seronok beb, cuma yang terkilan sikit aku tidak sempat untuk tangkap gambar alat itu. Betul beb, lapang dadaku. Pernafasan pun begitu lancar, aku bersyukur ke hadrat Allah. Memang penangan rokok ni punyalah begitu baik asyik belegar dalam otakku ini. Tambahan pulak masa lepas makan...fuhh, asyik dan syahdu leleh dia beb!


Ubat bergantung kepada tahap merokok kita


Tapi kena kuatkan mental. Yang ini lagi bertambah kuat penangan dia...time nak 'membuang hajat' humang aaihh! Namun aku berjaya tempohi segala mcam ujian dan penangan dia iaitu rokok. 

Alhamdulillah... Syukur aku panjatkan Walaupun secara klinikalnya aku dah semakin berjaya. Namun jangan kita lalai dan lupa akan tanggungjawab kita kepada yang menciptakan kita. Ingat apa juga yang hendak dilakukan haruslah dengan semangat yang jitu. 

Rokok Tidak Kemana. 

NIAT AKAN SENTIASA KUAT.


Like us on Facebook