Langkah
November 21, 2016
Assalamualaikum ....
Ya..langkah demi langkah aku atur untuk melalui kehidupan.
Langkah pertama yang aku ambil adalah dengan alam persekolahan.
Mulai dengan alam tadika membawa kepada alam sekolah rendah. Malah selesai selesai alam sekolah rendah aku memijakkan kakiku ini ke alam sekolah menengah di sekolah yang biasa sahaja dek kerana sikap aku yang malas untuk belajar bersungguh-sungguh,nah ambik habuan bak kata keramat arwah ayah aku dahulu.
Namun setelah aku memijakkan kaki ini ke alam sekolah menengah, langkah kakiku ini makin tidak berkemudi.
Aku akhirnya terlibat dengan bermacam segala jenis kegiatan di sekolah. Seingat aku la...memula mencuba benda yang dianggap sebagai boleh menarik perhatian wanita cewaahhh....ya...ROKOK..
sumber : google
Akhirnya aku terjebak seawal di tingkatan satu lagi...
Dan kerna rokok la aku di belasah teruk oleh arwah ayah dahulu.
Namun dek kerna kedegilan untuk menjadi macho man at that time...aku pun teruskan sehingga aku mendapatkan LESEN MEROKOK LA..
Akhirnya sampai tahap yang korang akan mulai terdetik diQalbu....sampai bila aku harus....heheheee.....sedih beb...kalau nak ikutkan dari awal sehingga sekarang dah dekat puluhan ribu riban duitku hangus...
Akhirnya aku bulatkan tekadku dan niatku untuk berhenti secara sihat dek kerna ingin menjalani kehidupan yang lebih segar...
sumber : google
Nah...
KERANA SEBATANG ROKOK
HIDUP DAH MULA MENJADI KEKOK...
Apa-apa pun....ada masa kita bertemu lagi.
0 comments
Sambunglah taip pulak.....