LEVI'S VINTAGE - BELT

February 01, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ya...Kali ini aku punya tajuk agak best la sikit ye korang..

Puas aku mencari merata-rata apakah jenis tali pinggang yang aku miliki ini.

Memang sudah tertera dan tertulis padanya jenama yang tidak asing lagi didalam perindustrian dan pembuatan baik dari seluar jeans mahupun tali pinggang dan bermacam-macam lagilah.

Levi's, yeerr....memang menjadi kegilaan, buruan untuk memilikinya, baik yang baru mahupun yang bundle.

Bundle memang menjadi buruan kerana bahan yang digunapakai serta dari mana ia berasal dan mutu ketulenan barangan tersebut.

Namun, yang aku musykil sangat ni..tahun bila dibuatnya? Nilaian semasa?

Bilamana aku mencari jenis apa tali pinggang yang aku miliki ini, hasil dari buruan di kedai bundle heheee.



Kepala atau Buckle pun ada sikit lain laaa....



Memang agak rare dan amat jarang aku melihat jenis semacam ini menjadi milik sesorang.



Panjang ikut saiz pinggangku cun-cun 34-35cm



Lantas aku fikirkan, apakah kerana sudah tiada ataupun hanya sedikit sahaja yang tinggal serta masih elok kualitinya.



Tag masih elok lagi....


Walau apa persoalan yang terus bermain difikiran aku nie, namun yang penting tahap kondisi tali pinggang ini berada pada yahap yang agak memuaskan.


Korang kena tengok betul-betul tau...



Kanan dan kiri sisi pinggang ada plate yang bergambar Levi's.

Yang paling menarik perhatian aku tentang tali pinggang ini adalah dek kerana cop dan tag yang masih ada dan tertulis dari Made In USA.

Korang tataplah gambar-gambar yang aku sertakan sekali ok.

Biarlah gambar yang menunjukkan betapa Rare barang ini.



You Might Also Like

2 comments

  1. tak jumpa lagi tali pinggang seperti ini ...google pun takdak huhu

    ReplyDelete

Sambunglah taip pulak.....

Like us on Facebook