TEKADKU
November 22, 2016
Assalamualaikum semua...
Tajuk pun dah TEKAD...so maknanya aku pun tekad untuk sambung ceritaku yang lepas iaitu terjebak ROKOK...
Aku bermula menghisap rokok pada tahun 1996 seawal memasuki era sekolah menengah.
Betul beb, zaman sekolah kalau menghisap rokok woooww dianggap sebagai pelajar yang macho la, Nah rokok pertama yang ku sedut adalah Rokok Suria. Ya, sebab apa? sebab arwah ayahku dahulu hisap rokok jenis itu, lantas nak free punya pasal la aku rembat rokok arwah ayahku hehee.
Selepas itu..duit belanja yg diberikan oleh ayahku aku tekad membeli rokok sendiri ya...masaku dahulu jenama DUNHILL la apalagi dan korang akan rasa macho beb bila ada rokok sendiri. Mujur masa tu, sekotak rokok hanya berharga rm3.50. La pergi beli tengok 😥
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tersangkut di pagar jua, arwah ayahku dapat tahu 😰 Aku diberi dua pilihan; SEKOLAH atau HISAP ROKOK SAMPAI MAMPOS...hahahaa. Jawapan selamat, maka aku pilih sekolah padahal kat belakang merokok juga kahkahkah!
Ya, setelah aku menghisap hampir 20 tahun aku tekad memandangkan segala jenis rokok yang bercukai bapak mahal...aku tukar kepada rokok tak bercukai atau seludup la senang cakap...
Sampai tahap nak sedut pun dah tak rasa apa apa dah...
Ok...nanti kisah ini akan bersambung untuk memberi laluan kepada idea yang baharu...
TEKAD ADALAH JALAN YANG TERBAIK DENGAN NIAT YANG BETUL...
INSYAALLAH...
0 comments
Sambunglah taip pulak.....