BUNDLE KASUT BERJENAMA.

January 10, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bundle kasut berjenama memang agak ramai peminat tegarnya serta mendapat sambutan yang agak tinggi bagi aku.

Aku dan bundle memang tidak dapat dipisahkan lagi, kalau boleh baju raya pun aku nak memakai dari bundle gak, kang ada yang kena penampar dek kerana memakai baju bundle di hari raya heheeee.

Namun, terpulang pada diri korang, sama ada pakai kasut dari bundle berjenama ataupun dari butik-butik yang terkemuka. Pada aku, kaki masing-masing dan citarasa masing-masing yer dak.

Aku punya telinga kalau korang nak tahu, memang sensitif bila ada terdengar perkataan berhantu ni, iaitu Bundle huhuuu.

Nak pulak bab bundle kasut memang ler, liar sahaja mataku ini. Mana nak dapat kasut yang murah serta berkualiti malah berjenama pulak tau dan mungkin juga korang akan menjumpai ataupun memiliki jenis yang  agak rare.

Kisahnya, aku dalam perjalanan untuk menonton anugerah Puskas FIFA 2016, dalam dok layan bawa kereta mata aku terpandang ke arah suatu tempat ini.

Hadoi bundle kasut la pulak, aku pun apa lagi zass terus parking kereta, terus pergi ke arah tempat yang keramat itu hehee.

Tempatnya agak strategik juga peniaga ini memilih, ia berada berhadapan dengan restoran makanan segara MCD di Desa Pandan Kuala Lumpur.


Aku memanggil tempat sebagai kedai Kasut Bundle Tepi.
Pelanggann pun pening, mana la nak pilih ni hehee



Tapi agak malang bagi aku, pemiliknya hampir mengemas dah barangan jualannya huhuuu sedih korang tau dak.

Masa itu adalah dalam 3 orang lagi pelanggan yang asyik memilih dengan telitinya, termasuklah aku.

Beginilah rupanya barang jualan kedai kasut bundle tepi ni.



Aku rasa harga dia pun cukup berbaloi korang tau dak, yer memang berbaloi-baloilah. 
Waktu yang tetap bundle kasut ini berniaga adalah pada hari Ahad malam sahaja, namun sudah menjadi rezeki aku untuk membeli kasut bundle berjenama.


Dah siap pun tulis harga, apa lagi kasi pilih la.
Antara pelanggan yang membeli.


Seluas mata memandang korang tau.


 Dalam asyik memilih, acara penting dah nak bermula. Aku pun telah tertawan kepada sepasang kasut. Tapak masih 90% lagi eloknya, warna pun masih menawan,  dan itulah salah satu cara memilih kasut bundle ini . Hati dah tertawan lantas aku pun terus membayar harga kasut itu.



Merah Mak Ngah, hehee. Ada sotong lagi tau tapi yang penting
ADIDAS!!!




Aku tanpa menoleh ke belakang lagi, masuk dalam kereta terus menuju ke tempat yang di rancangkan. Karang tengok siaran langsung kemana, lepak kemana.

Fuhh...Alhamdulillah dan Tahniah kepada pemain bola sepak kita
Mohd Faiz Subri...memenangi Anugerah Terhebat FIFA 2016.


Permotoran

CARA MUDAH HILANGKAN ASAP PUTIH KERETA ANDA.

January 09, 2017

Assalamualaikum...

Ngapa...terkejut, ye la mesti anda yang baca ni pernah mengalami detik dimana kereta kesayangan anda mengeluarkan asap putih.

Asap putih keluar dari ekzos kereta anda semasa hendak memulakan perjalanan ataupun masa korang berhentikan kereta di lampu isyarat, malahan dah macam asap fogging ye tak? 

Asap putih terjadi atau berlaku atas banyak faktor..
Aku rasa antara faktor-faktornya adalah disebabkan:

  1. Minyak hitam perlu ditukar, kita tidak menukarkan minyak hitam kereta kita.
  2. Gasket head dan enjin sudah terbakar.


Tanpa sebab maka perkara sedemikian tidak akan terjadi, tanpa faktor kecuaian penjagaan kereta anda baik dari segi penjagaan minyak hitam atau paling senang cakap enjin korang minta suapan dan dimanjai heheheee..

Kereta aku pun dah mencecah usia 13 tahun, so hal yang sama pun terjadi pada aku, mujur aku jenis yang mencuba minyak yang bermacam-macam demi kesesuaian enjin keretaku itu.

Nah...aku dah berjumpa dengan satu jenama yang agak baru aku rasa untuk menghilangkan asap putih kenderaan anda.



Jenama Bardhal. No smoke


Memula aku mencuba sebotol untuk merasai perbezaan dan keberkesanan minyak tersebut. Dan yang pasti aku boleh khabarkan kepada korang yang jenama minyak ini memang agak berlainan sedikit.

Apa yang berlainannya.

  • Dari segi kelikatan minyak tersebut. Ia agak pekat dan melekat.
  • Dari segi penggunaan minyak tersebut juga berbeza iaitu sebotol tuang habis tau.
  • Minyak tersebut juga semacam gam melekat dan memang agak luar biasa kepekatannya.

Mana hendak dapatkannya...korang pergilah ke kedai menjual spare part kereta dan harus diingat tau, tidak semua kedai spare part kereta ada menjualnya.
Dari segi penggunaan pulak siap diterangkan dalam bahasa kebanggaan aku, iaitu bahasa melayu beb, nak guna senang, setiap kali minyak hitam yang baru mesti masukkan sekali dengan minyak ini.


Mudah macam menghembus nafas..
buka tutup dan tuangkan kedalam enjin anda



Macam madu la..hahahaaa pekat sungguh.
Sesi menuang agak lambat habisnya...huhuuuu



Setakat aku menulis ini, keretaku tidak lagi mengeluarkan asap putih yang teruk.

Malahan bila buka penghawa dingin bau asap putih pun tidak memasukki kereta korang tau, itu yang aku puas hati dengan menggunakan minyak jenama ini.

Dari segi penjimatan masa dan wang, aku rasa memang sesuai kepada korang yang inginkan keputusan yang pantas.

Kalau enjin nak di overhaul, memang menelan belanja yang agak besar, dan kemungkinan masalah yang sama akan berulang lagi.

Namun, bagi aku ini sudah pasti mendatangkan pulangan yang agak berbaloi tau.

Kurang asap putih dan agak berkesan bagi keretaku korang tau dak..yer la kalau tidak masa berhenti di lampu isyarat, kesian beb orang belakang, kereta dia hitam langsung jadi putih hahaaaa.


PERTEMUAN YANG TIDAK DIRANCANG.

January 07, 2017

Assalamualaikum...

Apa khabar semua pembaca? Diharap semua sihat dan selamat hendaknya. 
Ya, sebuah pertemuan serta perpisahan adalah sesuatu yang tidak dirancang serta diluar daripada akal fikiran manusia biasa. 

Korang bayangkanlah, setelah hampir 15 tahun lamanya aku tidak pernah berjumpa dengan kengkawan satu sekolah setelah tamat zaman sekolah menengah lagi. Nama saja duduk di dalam kawasan yang agak dekat, namun masih juga tidak berkesempatan untuk berjumpa adoiii.

Mungkin jodoh untuk berjumpa dengan geng lama tiada. Apakan tidak masing-masing membawa haluan dan kemudi sendiri.

Hendak dijadikan cerita, semasa aku pulang ke kampung halaman, kawan lama aku ada mengadakan kenduri kahwin adik lelaki dia, so apasalahnya, time-time cuti ini, aku pun terus la...

Aku pun apa lagi, pederas la naik motor anak sedaraku..
Fuhhh,.....best wooo naik motor, empat beranak oooo...


Haaa...siap ada video lagi beb, teruja satu family.


Aku pun apa lagi, tongkat saja motor, terus la nak masuk nak makan laa, perut pun dah ada satu lagu la, apa lagi aku pun terus menuju ke khemah kenduri.


Masuk ja bawah khemah, nah...dua orang sahabat aku masa sekolah.
yang berbaju kelabu tu la tuan tanah kedaung aka Mat Hail.


Seronok bukan nak kata, dok bincang dalam group sek aku, kata nak buat reunion kecil kecilan, aku pun naik semangat weeii, yer la sudah hampir 15 tahun terpisah hahahahahaa.


Maka ini sahaja geng jahat ketika dahulu.

Asyik dok berborak dok sembang, dok ngumpat, dok terkenang cerita lama, timbul la cerita yang bermacam-macam beb. Alangkah syiok hati aku ni, dah tercapai hajat aku untuk berjumpa dan bersembang.



Midah panggilan kami dulu kat minah ni,
 aka gengster sekolah bagi perempuan.

Masa memang begitu cemburu, sedar-sedar dah dekat dua jam la asyik bersembang. Aku begitu menghargai pertemuan yang tidak terduga dikala aku pulang ke kampung halaman aku masa cuti Krismas tahun lepas.

Apa pun memang terbaik la beb..terima kasih buat sahabatku yang sudi menjemput kami sekeluarga makan kenduri tempoh hari.


Dapat gak setelah sekian lama tidak merasai guddies bag kenduri


Sempat lagi niiih, hahaa memang best woww



Bila si puteriku ni mendapat peluang,
 macam ni la, tepi tali air pun tetap menawan.


Empat jejaka, ada tiga sudah dimiliki 
namun seorang lagi masih belum ada yang punya


Yang dapat berjumpa hanya 4 orang lelaki dan 2 orang kawan perempuan, dan aku dikhabarkan oleh tuan kenduri, ada yang datang awal dan tidak dapat berjumpa dengan kami kerna ada urusan yang penting.


Sebuah pertemuan yang tidak dirancang
Akan menghadirkan kenangan terindah.
Ada umur kita dok berbincang
Semoga semua sahabatku berada dalam lingkungan dan lindungan ALLAH S.W.T




Permotoran

BAHAYA MENANTI JIKA MOUNTING ENGINE KERETA ROSAK!!!

January 05, 2017

Assalamualaikum.....


Wah...memang tajuk bahasa inggeris kot..hahahaaa... yer la dah masuk tahun 2017 maa...namun tulisan aku tetap dalam bahasa melayu juga.
Korang mesti pernah dengar, pernah alami apa yang di panggil dengan perkataan Mounting Kereta.
Ya...sesuatu kompenen yang agak penting jugaklah buat insan yang kabur didalam peralatan kenderaan pada aku ni. 
Namun jika mounting ini bermasalah, akan ada jangkitan 'virus' dari kerosakan mounting itu sendiri.
Setahu aku la, mounting ni tugasnya untuk memegang bahangian yang penting didalam kenderaan.
Mounting kereta untuk Iswara dan seangkatannya terdapat pada 4 bahagian yang penting.




Mounting Engine


Mounting  Gearbox


Mounting Timing Belt.


Mounting Body Kereta.
(Semuanya dah ditukar yang baru.)



Beginilah rupanya Mounting yang telah pun rosak 150%.


Rupa Mounting yang memegang badan kereta.


Ini yang di timming belt kereta.



Tengok pun takut..keadaan mounting di gearbox kereta
Koyak dah getah beb.



Sampai patah ang kejakan mounting enjin cuping ooo...
Besi dia pun hilang. 12 tahun.

Bahaya andai penukaran mounting kereta korang tidak di tukarkan dengan kadar yang segera.

  1. Boleh menyebabkan enjin kereta korang jatuh secara tiba-tiba.
  2. Kos baikpulih akan melambung beb.
  3. Yang penting akan ada nyawa yang akan melayang andai tanpa korang sedari mounting kereta korang dah pun rosak.

Nah ambik ang, kos campur upah camput cukai semua sekali yummy beb.

Dari pengamatan dan pengalaman aku memandu dari Utara sehingga ke Selatan Tanah Air Malaysia, bab enjin sebuah kenderaan amatlah harus dititik beratkan penjagaan oleh semua pengguna kenderaan.

Ok..alkisah nak dijadikan sebuah penceritaan aku kali ini, Mounting  kereta aku yang dah berusia hampir kepada 12 tahun, mulai membuat perangai yang agak keras sedikit aku rasa.

Manakan tidak dah 12 tahun kot beb, kalau kita pun tidak ditukarkan baju agaknya dah koyak rabak jawabnya.

Untuk mengenal pasti samada mounting engine korang rosak atau tidak,  aku kongsikan pengalaman aku ketika memandu dalam mana mounting engine keretaku telah rosak tanpa aku sedari.


  • Ketika korang membuka penghawa dingin  kereta korang, enjin kereta akan turun naik timing dia, so korang kenalah periksa mounting engine cepat-cepat supaya tidak merebak 'virus' kerosakan kereta korang.
  • Bila mengambil selekoh akan terasa  goyang yang amat sangat, pergilah kedai tayar pun pasti akan disuruhnya tukar bermacam-macam alat ganti, namun kedai tayar itu sendiri tidak akan mengesyorkan penukaran mounting engine korang, so korang paham-paham sendiri tau.
  • Kalau kereta jenis manual lagi senang nak tahu, yee la korang cuba letakkan sedikit kaki kiri korang di pedal clutch korang dan pasti akan terasa bergegar dia lain macam wooo semasa kereta sedang bergerak...itu aku rasa mounting untuk gearbox kereta korang dah terkena jangkitan 'virus' mounting bermasalah.
  • Bila jalan lurus tengah sedap menekan minyak kereta korang, masa itu cuba korang tengok keadaan stereng kereta korang, kalau gegar lain macam memang sahih adalah lebih baik korang periksa mounting dekat timming belt korang.
Namun tips diatas adalah dari pengalaman aku sendiri merasai kerosakan mounting tanpa aku sedari..hehehee


Maka dengan syioknya kereta aku di pandu tanpa gegaran pada bahagian enjin lagi..

Permotoran

PENJAGAAN TAYAR YANG SERING KITA ABAIKAN

December 19, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tayar ooooo tayar..memanglah amat penting, aku rasa dalam aspek sesebuah jentera pengangkutan amnya dan kereta khusunya. Bagi aku bab penjagaan tayar kereta ini amatlah mustahak, 

Kalau sudah tayar bermasalah habis kereta juga akan turut bermasalah..yer la...udah tayar rosak macam mana kereta mau gerak heheheee...

Al kisah petang sebelum cuti minggu lepas tayar kereta kebalku bermasalah setelah hampir 5 tahun menggunakan khidmat tayar tersebut...sampai pomen tayar itu menunjukkan reaksi muka agak terkejut..." waahhh....manyak lamaaaa..." dalam dialek cina bercakap melayu.


Beginilah tayarku setelah hampir 5 tahun


So taukeh kedai tayar itu memberikan beberapa cadangan jenis tayar serta harga.

  •      Jenis Michellin  185/60 R14  RM 185/pc.

  •      Jenis Hankook 185/60 R14 Rm 120/ pcs .

  •      Jenis Used Tayar Keadaan Bunga Dalam 70% Rm 65.

Aku bila melihatkan keadaan tayar Second tu...telan guli beb....lantas my wife aku telefon dan keputusan pun berat kepada Jenis Hankook tersebut memandangkan agak murah dari kedai tayar yang lain. Jadi maka dengan rasminya aku pun memilih tayar dari jenis tersebut memandangkan tayar kereta aku yang lagi dua pasang itu masih agak baru ditukar gantinya.

Apa yang aku agak memeranjatkan aku bila si pomen itu memberikan aku beberapa tips penjagaan tayar bagi mengelakkan tayar cepat haus atau mengalami kerosakkan secara tanpa kita sedari. Dan mungkin juga korang pun tahu juga dan ambil mudah dalam bab penjagaan tayar kereta korang.

Antara yang menarik perhatian aku ialah:

  1. Abang you mesti buatkan allignment atau balancing ini tayar sekurang-kurangnya setahun sekali dan paling bagus setiap enam bulan sekali.




Ini dok buatkan alligment tayar menggunakan perkomputeran.
                                                 


  2. Abang you tau ka kenapa tayar cepat rosak atau haus...sebab malas mau bikin allignment atau balancing tayar.



Tempat balancing tayar .

 3. Paling penting setiap 3 hari u mesti periksa keadaan tayar tau abang...

 4. Absorber pun you mau check juga tau abang, you mesti tengok dia punya spring atau batang absorber itu ada minyak keluar atau sudah rosak dengan cara menekan kereta di setiap penjuru.

 5. Jangan selalu gunakan chemical pencuci tayar abang, sebab nanti tayar abang akan cepat rosak dia punya getah tau abang.


Demikian tips yang agak rare jugak bagi aku, iyalah seingat aku sudah hampir setahun lebih aku tidak membuat perkara yang pomen itu bagitau.



Peralatan yang digunakan untuk menukar tayar.

Dalam pomen itu dok perbetulkan apa yang patutnya sempat lagi beliau memberikan ilmu panduan penjagaan tayar.

So bagi aku bab dalam penjagaan tayar ini amat penting kerna paling terkesan andai tayar tidak jaga dengan betul ialah bila masa selekoh yang agak tajam dan laju ketika mengambil selekoh tersebut mungkin akan terjadi perkara yang korang pun tidak mahu berlaku betul dak....

Maka tayar kereta andai dijaga dengan elok dan betul akan memberikan langkah keselamatan semasa anda sekeluarga mahupun sendirian akan lebih selamat.


Tips

Langkah berhenti Rokok Secara Sihat

December 08, 2016



Assalam dan salam sejahtera korang

Kepada perokok perokok tegar mahupun secara amatur malahan yang baru mengenali apa itu rokok harus sedar yang benda dipanggil rokok itu tidak sihat langsung malahan boleh mengakibatkan insan-insan disekeliling anda akan turut terdedah kepada risiko penyakit merbahaya.


bukan rokok je merbahaya, VAPE pun bahaya juga tau!


Duit yang korang dapat jimatkan andai berhenti dari jadi perokok


Ok, jika korang ingin berhenti merokok secara sihat dan teratur aku nak bagi tips sikit ni. Antara langkah permulaan yang korang boleh ambil :

1. Niat

Walau apapun yang korang hendak lakukan haruslah mempunyai niat, dalam erti kata yang mudah paham ialah tidak akan terjadi sesuatu tanpa niat. Alaa macam korang hisap rokok la, memula niat nak cuba last-last terus lekat hisap rokok sampai tua hehee

2. Kenapa?

Ya kenapa harus aku berhenti merokok...? Korang senarai pendekkan kenapa harus berhenti merokok. Tulis la apa yang menyebabkan kenapa korang mengambil langkah untuk berhenti merokok

3. Otak

Yerr la..dah korang niat lepas itu korang senarai pendekkan kenapa harus berhenti merokok. Nah otak pun mainkan peranan dalam proses awal berhenti merokok. Mau tidaknya, jika sebelum ini otak dok fikir rokok cuba buangkan perkataan ROKOK dari dalam kamus hidup.

4. Tanamkan

Ini bagiku harus ada untuk membolehkan semangat korang tidak luntur untuk berhenti merokok. Memang pada awalnya korang akan merasa serba tidak kena. Pasal itulah korang harus TANAMKAN perasaan benci akan rokok dan benci asap rokok

5. Dapatkan rawatan

Setelah korang pasang niat, senarai pendekkan kenapa korang nak berhenti merokok dan korang dah pun tanamkan perasaan benci kepada rokok, aku nasihatkan korang dapatkan rawatan susulan di KLINIK KESIHATAN KERAJAAN yang menawarkan khidmat bagi sesiapa sahaja yang inginkan kehidupan yang lebih sihat. 

contoh ubat berhenti merokok

contoh ubat berhenti merokok


Korang akan dibekalkan ubat-ubatan mengikut keterangan yang korang berikan kepada doktor yang bertanggungjawab. Dah makan ubat tak bermaksud korang tak perlu jumpa doktor. Korang akan dipantau setiap beberapa minggu bagi memastikan korang konsisten makan ubat dan cuba untuk mengurangkan merokok.



Bagi aku nak berhenti merokok terus itu akan mendatangkan kesan sampingan yang mungkin tidak nampak sekarang dan mungkin pada masa akan datang, itulah yang harus di elakkan.

Walau sesiapa pun anda, ingatlah berhenti merokok ini bukan sahaja kesannya baik untuk korang..malah dari segi duit ringgit pun akan korang dapat berjimat dan yang paling penting bagi yang sudah berkeluarga malahan dah ada anak itu lagilah harus.


rokok membunuh!


Bulatkan niat..
Perbetulkan tekad.
Mudah-mudahan akan menjadi manusia yang normal


Life style

SEGARNYA NAFASKU.

December 02, 2016



Assalamualaikum...


Sudah hampir hari keempat aku berjaya mengharungi status sebagai bukan perokok. Macam yang aku tulis sebelum ni .Penangan..sidia. Jujur aku cakap tau, memang la rasa ada satu yang 'kurang' dan otak mulai ligat berfikir, hati kata "ala hisaplah, hisaplah". Fuhh bercerau peluh! 

Paling beban yang aku rasa apabila lepas makan, suara-suara halus datang membisik heheee. Lantaklah!! kata hatiku ini. Dan tarikh 25hb yang lalu aku berjumpa dengan doktor yang sama dan klinik yang sama. Macam kebiasaannya aku akan diuji baik dari segi paru-paru aku malahan juga dari tahap nirkotin aku.

Alhamdulillah ada peningkatan pada tahap nirkotin aku dan berada pada paras normal. Setelah diuji tahap nirkotin aku hanya pada skala 02. Maka itu dah bagus beb hehee.

Aku sedang menguji tahap nirkotin aku. 
Alat khas ini untuk pantau samada korang tipu atau jujur... 


Maknanya aku dah berjaya mengharungi hidup yang lebih sihat atau lebih tepat bukan sebagai perokok.



Ini untuk menilai tahap paru-paru korang. 
Boleh tahu kalau paru-paru sihat dengan paru-paru 
seorang perokok


Lepas ujian nirkotin ada lagi beb. Kali ini untuk paru-paru aku pulak. Maka full mark pun aku skor la, manakan tidaknya. Nirkotin tiada paru-paru anda pun semakin sihat.

Apa yang aku sedari terasa kelainan yang ketara iaitu bab dalam mengawal pernafasan aku sebelum aku berhenti dan selepas proses mendapatkan rawatan untuk berhenti merokok Allah sahaja yang tahu. Ini mungkin kerna aku sudah pun tidak mempunyai nirkotin yang tidak sihat didalam paru-paruku lagi beb. Yang paling syiokk, bangkit pagi tu...nafas rasa memang lancar beb. Dan sebelah malamnya pula aku dah tidak merasai gelisah yang teramat sangat.

Apa pun...kalau nak berhenti merokok pada mata dan fikiran aku, jumpalah doktor dan banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T.

Fkirkan

Rokok punya pasal
Habis segala Hal.

Life style

TEKADKU

November 22, 2016


Assalamualaikum semua...


Tajuk pun dah TEKAD...so maknanya aku pun tekad untuk sambung ceritaku yang lepas iaitu terjebak ROKOK... Aku bermula menghisap rokok pada tahun 1996 seawal memasuki era sekolah menengah. 

Betul beb, zaman sekolah kalau menghisap rokok woooww  dianggap sebagai pelajar yang macho la,  Nah rokok pertama yang ku sedut adalah Rokok Suria. Ya, sebab apa? sebab arwah ayahku dahulu hisap rokok jenis itu, lantas nak free punya pasal la aku rembat rokok arwah ayahku hehee. 



Selepas itu..duit belanja yg diberikan oleh ayahku aku tekad membeli rokok sendiri ya...masaku dahulu jenama DUNHILL la apalagi dan korang akan rasa macho beb bila ada rokok sendiri. Mujur masa tu, sekotak rokok hanya berharga rm3.50. La pergi beli tengok 😥

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tersangkut di pagar jua, arwah ayahku dapat tahu 😰 Aku diberi dua pilihan; SEKOLAH atau HISAP ROKOK SAMPAI MAMPOS...hahahaa. Jawapan selamat, maka aku pilih sekolah padahal kat belakang merokok juga kahkahkah!

Ya, setelah aku menghisap hampir 20 tahun aku tekad memandangkan segala jenis rokok yang bercukai bapak mahal...aku tukar kepada rokok tak bercukai atau seludup la senang cakap... Sampai tahap nak sedut pun dah tak rasa apa apa dah... 




Ok...nanti kisah ini akan bersambung untuk memberi laluan kepada idea yang baharu...


TEKAD ADALAH JALAN YANG TERBAIK DENGAN NIAT YANG BETUL...

INSYAALLAH...

Life style

Langkah

November 21, 2016



Assalamualaikum ....

Ya..langkah demi langkah aku atur untuk melalui kehidupan. Langkah pertama yang aku ambil adalah dengan alam persekolahan. Mulai dengan alam tadika membawa kepada alam sekolah rendah. Malah selesai selesai alam sekolah rendah aku memijakkan kakiku ini ke alam sekolah menengah di sekolah yang biasa sahaja dek kerana sikap aku yang malas untuk belajar bersungguh-sungguh,nah ambik habuan bak kata keramat arwah ayah aku dahulu. 

Namun setelah aku memijakkan kaki ini ke alam sekolah menengah, langkah kakiku ini makin tidak berkemudi. Aku akhirnya terlibat dengan bermacam segala jenis kegiatan di sekolah. Seingat aku la...memula mencuba benda yang dianggap sebagai boleh menarik perhatian wanita cewaahhh....ya...ROKOK..


sumber : google


Akhirnya aku terjebak seawal di tingkatan satu lagi... Dan kerna rokok la aku di belasah teruk oleh arwah ayah dahulu. Namun dek kerna kedegilan untuk menjadi macho man at that time...aku pun teruskan sehingga aku mendapatkan LESEN MEROKOK LA.. 

Akhirnya sampai tahap yang korang akan mulai terdetik diQalbu....sampai bila aku harus....heheheee.....sedih beb...kalau nak ikutkan dari awal sehingga sekarang dah dekat puluhan ribu riban duitku hangus...

Akhirnya aku bulatkan tekadku dan niatku untuk berhenti secara sihat dek kerna ingin menjalani kehidupan yang lebih segar...


sumber : google


Nah...
KERANA SEBATANG ROKOK
HIDUP DAH MULA MENJADI KEKOK...

Apa-apa pun....ada masa kita bertemu lagi.

Life style

Hati Ini

November 21, 2016


Assalamualaikum...


Ya...tajuk pun hati ini..so dek kerna hati inilah aku menjadi seorang perokok yang tegar. Kalau dahulu sehari aku boleh habiskan sebanyak 2 kotak setengah sahaja itu belum lagi bila kena pegi kerja luar kawasan...adoi keras sungguh hati ini.

Azab oooiii...mana tak azabnya...duit...kesihatan badan dan paling penting orang yang disekeliling aku..ya..mak aku ada cakapkan kat aku masa bujang...tetapi aku buat tak endah sahaja. Malah masa nikah pun mak aku ada pesan... "Bini ang ja yang tau ajaq ang lan oiii" Haaa...sekarang baru faham akan maksud ayat mak aku dulu.

sumber : google


Sejak dua menjak ni, aku kurangkan dari sekotak sehari, sehinggalah sekotak dua atau tiga hari. Dan aku mulai kurangkan dari 10 batang turun kepada 4 batang. Sehinggalah aku nekad untuk berhenti dengan jayanya ceeewaaah. Hati ini mulai terdetik...sampai kapan mahu hisap rokok. Sebab itu aku relakan hati pegi mendaftar untuk berhenti merokok di Klinik di kawasan perumahan aku. Hati ini sedikit memberontak...namun aku gagahkan jua, demi insan yang aku sayangi

Ya makku, isteriku dan anak-anakku... Semoga Allah permudahkan dan membantu aku untuk berhenti merokok.

Tapi yang syiokkan..klinik ni akan pantau kita selang seminggu...so aku pun cuba, untuk memujuk hatiku ini agar boleh berhenti dari merokok. Bekalan ubat dibekalkan agar aku dapat melupakan seketika untuk melayani nafsu merokokku.

Apa yang dihati...

ANDAI ROKOK DIHATI
MAKA HATI AKAN MATI
ANDAI NIAT BERHENTI
INSYAALLAH ITU PASTI.

Like us on Facebook