Tips

UJIAN AKAN MANIS BILA

February 14, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda sekalian.


Memang benar sesuatu ujian yang datang pada kita akan manis andai kita menerimanya dengan berfikiran terbuka dan positif bak kata orang zaman sekarang.

Namun, setakat mana tahap fikiran kita untuk menerima ujian atau sesuatu musibah yang menimpa kita??

Maka untuk mengecapi yang manis, haruslah menempuhi sesuatu yang pahit.

Tidak akan datang senang dahulu atau kebahagian dulu andai diri kita tidak di datangkan dengan berbagai cabaran dan ujian.

Ingat macam mana kita mengecapi nikmat sekarang? Kita terpaksa bersusah payah dahulu, bersengkang mata, menahan kelaparan dan kehausan untuk tujuan yang satu iaitu untuk berjaya di masa akan datang.

Setiap manusia dan hamba Allah di uji dengan bermacam-macam halangan dan dugaan yang didatangkan, dek kerana keimanan yang bertapak didalam jiwa dan rohani kitalah, bagaimana kita menempuhi dan menerima semua itu.

Salah satu ujian yang didatangkan kepada hamba Allah ialah penyakit. Anda tentu sudah membaca dan meneiliti cerita yang aku buatkan dahulu berkenanaan adik Ilham.

Jadi, bagaimana Abah dan Ibunya menghadapi dan menerima ujian ini yang di datangkan kepada mereka berdua?.

Aku yakin dan pasti yang mereka berdua ini kuat dan tabah untuk menghadapi ujian ini.

Memang benar, pada peringkat permulaan untuk menerima ujian ini agak terbeban dan menyakitkan. 

Kadang-kadang itu sudah pastinya akal dan perasaan kita akan bercelaru dan runsing untuk berdepan dengan ujian yang amat-amat berat ini.

Maka yakinlah dan tanamkanlah didalam rohani dan akal kita, setiap yang pahit akan mendapat manisnya andai kita terus bersabar dan tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Aku terharu bilamana aku membaca dan meniliti kembali gambar- gambar dibawah ini.

Sesungguhnya memang ada manis andai dilihat melalui gambar ini.

Abah dan ibu semestinya akan tunjukkan yang mereka kuat di hadapan anaknya si Ilham ini.

Cukuplah aku menulis untuk adik Ilham dan sesungguhnya aku hanya menulis untuk memberikan semangat kepada pembaca yang sudi singgah ke blog aku ini, sebagaimana kuatnya sahabatku ini.

Pada Farid dan Ita memang benar ujian yang datang kepada anda sahabatku amatlah berat, dan yakinlah akan ada
Manisnya selepas ujian yang berat ini kepada kalian berdua sahabatku.

Perkembangan yang terkini aku dimaklumkan adik Ilham semakin menunjukkan sesuatu yang positf selepas menerima terapi, namun kondisi darah merahnya sahaja kurang dan dijangka akan menerima rawatan susulan pada hari Khamis ini.

Sesungguhnya besarkan jiwa agar selalu dapat bernafas, jika bersangka baik terhadap sesuatu ujian yang menimpa agar mendapat aura yang positif. 

Maka UJIAN AKAN MANIS BILA kita menerimanya dengan fikiran yang terbuka dan tidak menyalahkan takdir dan ketentuan dari ALLAH S.W.T ini.

Penyakit datang menghapuskan dosa-dosa kita, dan bukannya bala.

Semoga Adik Ilham senantiasa didalam lindungan dan keberkatan Allah S.W.T.


Hai semua saya Ilham.

Saat bersama yang diimpikan.

Lihatlah lukisan Ilham ini.

Apa macam cantik kan??

Selepas rawatan..tidurlah anakku.

Penat...semoga Adik Ilham sembuh

Lawatan mengejut dari artis tanahair.

Pakcik makcik jangan jelous tau hehee

Ilham seronok, Ibu pun seronok.

Terima kasih Ilham ucapkan, ada masa datang lagi tau..










Tips

KASIH ABAH UNTUK MOHD ILHAM - TERIMA RAWATAN

February 07, 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua.



Cerita yang aku pernah buatkan selang beberapa hari sahaja. Kalau ada yang terlepas cerita aku dahulu disini aku sertakan sekali lagi di SINI .

Masa aku buatkan post berkenaan adik ilham ini, beliau berada dirumah berehat dengan sepuas-puasnya bersama si abahnya.

Kusangka beliau akan berada dirumah dan menjalani kehidupan yang normal untuk kanak-kanak yang sebaya umur dengannya.

Rupa-rupanya, masih ada lagi rawatan untuk adik ilham ini harus tempuhi dan jalani.




Aku bertanya kepada si abahnya yang aku panggil Fared ini, ternyata memang benar. Masih ada beberapa peringkat dan tahap kemoterapi yang adik ilham perlu jalani. Buat masa ini, adik Ilham menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur Wad KK3.



Aku ringkaskan sahaja, aku pendekkan sahaja penceritaan aku kali ini.

Dapatlah kiranya agar yang membaca perkongsianku ini dapat menitipkan doa, agar adik Ilham kuat dan tabah untuk melawan penyakit kanser yang dihidapinya.




Semoga adik Ilham dan sahabatku serta isterinya kuat dalam menempuhi ujian dari Allah ...aaminn.




Tips

KASIH ABAH UNTUK MOHD ILHAM.

February 04, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.

Aku kelu seribu bahasa taktala aku nekad untuk bertemu dengan seorang sahabat lamaku.


Aku didorong oleh pujukkan isteriku untuk bertemu dan menziarahi sahabatku. Terima kasih wahai isteriku kerana sanggup menemani suamimu ini.


Aku telah berpakat dengan sahabat aku terlebih dahulu, hamzah untuk menziarahi dan melawat anaknya itu.


Tambahan pula, aku mendapat tahu anaknya menghidapi penyakit, hati ini semakin sayu, terlintas didalam fikiran "apakah aku ini kuat untuk berjumpa dan menziarahi sahabat aku ini"?.



Fared dan isterinya Ita.

Apa yang sayu dan hiba bagi aku ialah, ujian sebegitu berat yang sahabat aku hadapi ini sesuatu yang diluar jangkaan oleh akal dan fikiran manusia biasa.


Hamzah yang bersamaku melawat

Siapa yang tidak sayu dan hiba andai anak yang dijaga sihat sempurna, mulai dari lahir, hinggalah berumur 7 tahun lamanya.

Kita sebagai yang berpegang dan beriktikad sebagai seorang Islam, haruslah menerima segala ketentuan dan ketetapan dari Yang Maha Esa.



Cuba berborak seperti biasa.

Aku melihat sahabat aku ini nampak seronok bilamana ada sahabat lama yang datang menziarahinya serta anaknya, secara tidak langsung ini memberikan kekuatan sedikit dan melupakan seketika apa yang ditanggungnya.

Hati siapa yang dapat menahan rasa sedih, hiba dan pilu bilamana doktor memberitahu serta mengesahkan penyakit yang dihidapi oleh si anak. Hanya seteguh keimanan dapat menempuh ujian yang seberat ini.

Menjaga anak yang menghidapi penyakit seperti ini bukanlah semudah yang disangka oleh mata dan fikiran yang singkat.

Anda bayangkanlah, anak yang sekecil itu menanggung kesakitan yang amat sangat tika segala jenis ubat-ubatan yang berkaitan dimasukkan kedalam tubuh badannya, bagi melawan penyakit itu dari terus merebak.

Berat mata memandang, berat lagi si anak yang menanggungnya. Demi anak, si abah perlu kuat, baik dari segi emosi, tingkah laku dan bermacam-macam karenah yang si abah perlu hadapi untuk memberikan semangat terhadap anaknya itu.

Namun aku percaya, apakah ada ibubapa yang sanggup melihat anak yang disayangi, di manjai dan dibelai,  mempunyai dan menghidapi sakit sebegitu, jika boleh ditukar ganti, nescaya ibubapa pasti sanggup berbuat sedemikian demi melihat anak yang tersayang membesar dengan sihat walla'afiat hendaknya.


Sedangkan anak kita demam pun kita dah tidak keruan, makan pun kekadang terlepas, itu baharu demam yang biasa.


Inikan pula, anak sahabat aku ini telah di diagnosis menghidap sejenis penyakit kanser yang berkaitan dengan darah.



Mesej yang meruntun sanubariku



Diwad inilah anaknya ditempatkan.

Kuasa Allah S.W.T. telah menemukan aku dengan sahabat ini setelah terpisah hampir 16 tahun, asbab anak sahabatku sakit.


Namun, jiwa ini sedikit meruntun kesedihan apabila mendengar cerita dari sahabatku ini.


Aku gagahkan juga menahan sebak didadaku, sebagai pendorong kekuatan semangat untuk sahabatku.


Anda fikirkan sejenak, perasaan anak yang begitu gembira dan seronok sekali bila segala persiapan persekolahan telah disediakan. 

Keterujaan dan sifat riangnya untuk memasuki alam persekolahan, namun berlaku sebaliknya. Si anak telah bertukar perwatakannya. 

Mana tidaknya, anak yang dahulunya ceria dan lasak, telah berubah menjadi lemah dan tidak bermaya.

Jika dahulu rambutnya penuh, namun sekarang sudah mulai keguguran sedikit demi sedikit, selepas menjalani proses chemotherapy.

Lagilah hatiku ini bertambah sayu bila kedua biji mataku melihatnya, terbaring di atas katil sedang lena sambil menahan kesakitan.


Gambar dikala hari orentasi darjah 1.

Rambutnya mulai keguguran.
                                         

Kuasa Allah mengatasi segala-galanya, kita punyai rancangan untuk anak-anak kita, namun sebaliknya Allah S.W.T. jugalah sebaik-baik perancang bagi mereka.

Aku cuma mampu memberikan kata-kata semangat dan penguat hati untuk sahabatku ini.


Apa yang termampu aku lakukan hanyalah doa dan harapan agar anaknya diberikan kekuatan untuk melawan penyakit yang ditanggungnya serta Allah memberikan kembali kesihatan kepadanya.

Andai ada diantara pembaca ingin menghulurkan apa jua jenis bentuk sumbangan, boleh terus menghubungi nombor yang dibawah:


                                       Fared   012-6143409


Bertabah dan bersabar sahabatku fared.

Aku hanya menjalankan kewajipan untuk menziarahinya sahaja serta, tahu yang sahabatku ini seorang yang kuat dan tabah.

Panjatkan doa
Perbanyakkan zikir
Andai itu tanda
Yang Allah hadir
Harus ada redha.
Supaya terima takdir.
InsyaAllah ada sinar yang hadir.

Tips

DEGIL SUNGGUH.

January 27, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ahad minggu lepas aku dan keluarga aku telah kembali untuk beraksi di tapak jualan yang aku gemari setelah agak lama menyepikan diri dalam beraksi.

Degil sungguh isteri dan anak-anak aku untuk ikut serta bersama dengan aku beraksi di CarBootSale( CBS ) di Kota Damansara.

Rindu katanya nak merasai suasana yang pernah dirasai mereka dahulu.

Nah hambik hang pa semuanya..
Dapat tempat yang bukan seperti dahulu.

Aku sampai di tapak jualan ini seawal jam 0630H pada hari Ahad, namun alangkah terperanjat jugaklah.. hampir penuh dengan peniaga walaupun masih belum ada sinaran matahari menjengah keluar.

Dalam hati, hurrmmmm panas la...




Rindu punya pasal...nanti dapatlah habuan tau.


Namun rezeki Allah mengatasi segala-galanya.

Setelah siap menyusun barang untuk diniagakan sudah ada pelanggan yang datang untuk melihat-lihat barang niaga.



Keadaan masih gelap lagi namun ada yang singgah.


Begitulah pelanggan atau peminat dan collecter barang yang tertentu. Mereka akan menyerang terlebih dahulu agar mendapat apa yang mereka hajati untuk dimiliki.



Seluas mata nak mencari barang tertentu.

Jam seawal 0645H sudah ada barang yang bertukar tangan dan yang penting kedua-dua belah pihak berpuas hati.


Apa-apa pun, pengunjung dari segenap lapisan masyarakat dan negara tidak putus-putus datang untuk memiliki barang keperluan dan juga yang mengumpul jenis barang yang diidamkan.


                                       Menunggu Matahari ke tu....



Biarpun degil sungguh, aku tahu kepuasan dihati isteri dan anak-anak aku tergambar kerana tidak seorang pun antara mereka tidur.

Anak-anaku agak teruja bila hendak berniaga dikawasan ini, yelah banyak tempat dan barang yang mampu dimiliki oleh sesiapa pun.

Panas pun tidak mengapa andai rasa kepuasan itu dapat dicapai.



Saya tengok-tengok dulu.



Panas sekejap sahaja..jap lagi kita pergi membeli ye kakak.



Pelanggan pertama


Saya jual ye bang...terima kasih


Mari-mari kepada peminat kereta Hot Wheels


Rambang woowwww...


Antara barang yang agak Rare


Upah lerr..apa lagi.



Namun aku tetap bersyukur kehadrat Allah S.W.T diatas limpah kurnian dan rezeki yang telah diberikan.

Kerana sikap degil merekalah aku rasa bahagia dan seronok untuk berniaga.

Yang penting kita seronok.




Tips

Langkah berhenti Rokok Secara Sihat

December 08, 2016



Assalam dan salam sejahtera korang

Kepada perokok perokok tegar mahupun secara amatur malahan yang baru mengenali apa itu rokok harus sedar yang benda dipanggil rokok itu tidak sihat langsung malahan boleh mengakibatkan insan-insan disekeliling anda akan turut terdedah kepada risiko penyakit merbahaya.


bukan rokok je merbahaya, VAPE pun bahaya juga tau!


Duit yang korang dapat jimatkan andai berhenti dari jadi perokok


Ok, jika korang ingin berhenti merokok secara sihat dan teratur aku nak bagi tips sikit ni. Antara langkah permulaan yang korang boleh ambil :

1. Niat

Walau apapun yang korang hendak lakukan haruslah mempunyai niat, dalam erti kata yang mudah paham ialah tidak akan terjadi sesuatu tanpa niat. Alaa macam korang hisap rokok la, memula niat nak cuba last-last terus lekat hisap rokok sampai tua hehee

2. Kenapa?

Ya kenapa harus aku berhenti merokok...? Korang senarai pendekkan kenapa harus berhenti merokok. Tulis la apa yang menyebabkan kenapa korang mengambil langkah untuk berhenti merokok

3. Otak

Yerr la..dah korang niat lepas itu korang senarai pendekkan kenapa harus berhenti merokok. Nah otak pun mainkan peranan dalam proses awal berhenti merokok. Mau tidaknya, jika sebelum ini otak dok fikir rokok cuba buangkan perkataan ROKOK dari dalam kamus hidup.

4. Tanamkan

Ini bagiku harus ada untuk membolehkan semangat korang tidak luntur untuk berhenti merokok. Memang pada awalnya korang akan merasa serba tidak kena. Pasal itulah korang harus TANAMKAN perasaan benci akan rokok dan benci asap rokok

5. Dapatkan rawatan

Setelah korang pasang niat, senarai pendekkan kenapa korang nak berhenti merokok dan korang dah pun tanamkan perasaan benci kepada rokok, aku nasihatkan korang dapatkan rawatan susulan di KLINIK KESIHATAN KERAJAAN yang menawarkan khidmat bagi sesiapa sahaja yang inginkan kehidupan yang lebih sihat. 

contoh ubat berhenti merokok

contoh ubat berhenti merokok


Korang akan dibekalkan ubat-ubatan mengikut keterangan yang korang berikan kepada doktor yang bertanggungjawab. Dah makan ubat tak bermaksud korang tak perlu jumpa doktor. Korang akan dipantau setiap beberapa minggu bagi memastikan korang konsisten makan ubat dan cuba untuk mengurangkan merokok.



Bagi aku nak berhenti merokok terus itu akan mendatangkan kesan sampingan yang mungkin tidak nampak sekarang dan mungkin pada masa akan datang, itulah yang harus di elakkan.

Walau sesiapa pun anda, ingatlah berhenti merokok ini bukan sahaja kesannya baik untuk korang..malah dari segi duit ringgit pun akan korang dapat berjimat dan yang paling penting bagi yang sudah berkeluarga malahan dah ada anak itu lagilah harus.


rokok membunuh!


Bulatkan niat..
Perbetulkan tekad.
Mudah-mudahan akan menjadi manusia yang normal


Like us on Facebook