ILHAM IBU SAYANG KAMU.

February 08, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sengaja aku titipkan dan coretkan kisah berkaitan dengan adik Ilham ini.


Tujuan aku hanyalah satu...

Doa dan harapan agar adik Ilham ini diberikan kekuatan dan kesembuhan kembali oleh yang Maha Penyembuh yakni Allah S.W.T.

Dalam kita terkadang sibuk dengan berbagai cerita dan berita yang dihidangkan, kali ini aku bawakan kisah bagaimana seorang wanita yang bergelar Ibu.


Ya... Ibu.  Kasih dan sayangnya terhadap anak tiada tolok tandingannya di dunia ini malahan di akhirat sana nanti.


Andai dia diberikan kuasa, serta kemampuan seorang Ibu tidak akan memberikan walau seekor nyamuk pun mengigit anak yang dikandungnya itu.


Itu nyamuk, inikan pula sakit yang amat berat ditanggung oleh anaknya. Ita, itu nama panggilan aku kepada seorang wanita bergelar Ibu yang anakknya menghidapi sakit kanser berkaitan darah yang pernah aku coretkan dahulu.


Ita adalah sahabat sekolah lamaku suatu waktu dahulu, namun Allah menemukan kembali aku dengan Ita ini, namun cara dan sebab untuk bertemu memang berbeza sama sekali. 


Ita dan Farid bersama Ilham.

Anak yang membesar didepan mata, malah tempat bergaduh, bermain dan bermanja secara tiba-tiba jatuh sakit.

Menurut Ita, sakit Ilham bermula dengan dibahagian perutnya membengkak secara tiba tiba di bahagian kanan terus membawa ke pusat, membuatkan si Ibu tak senang duduk.

Ibu jatuh dan jatuh lagi Ilham, namun Ibu bangun semula demi kerana kasih sayang Ibu buat kamu.

Ilham boleh berlari-lari , seronok dan tenang duduk di kampung berbanding hutan konkrit, sesekali tidurnya berpeluk bantal bagi menyembunyikan rasa sakit itu.
Dalam perjalanan..

Dan kali ini juga Ibu diuji dengan ujian yang berat Ilham, ibu jatuh kali ini dengan teruk sekali, namun Ibu percaya Ilham kuat dan tabah demi melihat senyuman diraut wajah Ibu.


Ujian Ibu baru bermula bersama kamu Ilham, detik yang boleh membuatkan Ibu jatuh pengsan dan memungkinkan Ibu hilang akal dan fikiran, detik dimana apabila perkhabaran yang dibawakan oleh seorang doktor pakar disitu. 


Doktor Teh adalah pakar bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan segala jenis kanser. Doktor Teh menarik Abah kamu Ilham dan Ibu sekali keluar dari Wad KK4, dan memberitahu yang Ilham mempunyai kanser B-Cell LYMPHOMA.



Peneman buat melupakan kesakitan Ilham.

Ilham, Ibu rasa dunia hilang dari pandangan mata Ibu ini, jiwa terasa kosong bagai disentap roh keluar dari jasad. Memang benar kali ini Ibu diberikan ujian oleh Allah S.W.T sebesar-besarnya ujian.


Ketahuilah anakku Ilham, mujur Ibu ada Abah disisi, menemani dan memberikan kata-kata perangsang.



"Bertabahlah anakku Ilham, ibu sayang kamu"

Allah memberikan ujian ini kepada hamba-Nya dan salah seorangnya adalah ibu Ilham sendiri.


Ibu sayang Ilham, tapi kenapa Ibu perlu menghapadi semua ini, Ibu tidak kuat Ilham, malah tempat kerja Ibu pun agak jauh di sempadan Selangor dan Pahang, hati Ibu tidak tenteram andai Ibu berjauhan dari sisimu Ilham.


Senyuman buat Ibu..

Ilham harus kuat sepertimana kuatnya abah dalam memberikan kata-kata semangat untuk Ibu. Abah berpesan dan memberi nasihat buat Ibu Ilham.

"Ujian ini dari Allah, untuk menunjukkan betapa Allah sayang kat kita Ibu, dan bukannya dari manusia, Ibu kena kuat."

Benar seperti yang aku pernah tulis dahulu, dalam ujian yang amat besar ini, Ita diberikan bungkusan-bungkusan hadiah kecil dalam perhubungan dengan anak-anaknya.


Hubungan semakin akrab, malahan dapat meluangkan waktu yang lebih baik dengan anak mahupun dengan suaminya.



Waktu Ibu bersama-sama keluarga ibu.


Ibu kerja jauh Ilham dan Ibu harus kerja demi keberlangsungan kehidupan kita Ilham, waktu yang ada bersama-samamu tidak mencukupi bagi Ibu.


Rasa baru semalam Ibu bersama dengan Ilham bermain ditaman, bergurau senda dan bermanja dengan Ilham. 24jam yang diberikan oleh Allah memang tidak mencukupi bagi Ibu untuk bersama-sama denganmu sayangku Ilham.

Namun Ibu harus balik dahulu ye Ilham.


"Sedih Ibu lihat kamu Ilham"

Tapi, Ibu manusia biasa dan Ibu punya kerja yang memerlukan Ibu fokus kepada kerja dan juga pada masa yang sama padamu sayangku, Ilham.

Aku terharu bilamana mendengar sendiri cerita dari sahabatku ini.

Memang besar ujian yang didatangkan kepada Ita dan Farid ini.
Aku percaya setiap yang sabar akan beroleh sesuatu yang besar.
Kerana jalan yang dilalui tidak sama antara kita semua.




You Might Also Like

1 comments

  1. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul. Ibu mama yang tak sedih melihat anaknya sakit..moga kuat dan tabah :'(

    ReplyDelete

Sambunglah taip pulak.....

Like us on Facebook