UJIAN AKAN MANIS BILA

February 14, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda sekalian.


Memang benar sesuatu ujian yang datang pada kita akan manis andai kita menerimanya dengan berfikiran terbuka dan positif bak kata orang zaman sekarang.

Namun, setakat mana tahap fikiran kita untuk menerima ujian atau sesuatu musibah yang menimpa kita??

Maka untuk mengecapi yang manis, haruslah menempuhi sesuatu yang pahit.

Tidak akan datang senang dahulu atau kebahagian dulu andai diri kita tidak di datangkan dengan berbagai cabaran dan ujian.

Ingat macam mana kita mengecapi nikmat sekarang? Kita terpaksa bersusah payah dahulu, bersengkang mata, menahan kelaparan dan kehausan untuk tujuan yang satu iaitu untuk berjaya di masa akan datang.

Setiap manusia dan hamba Allah di uji dengan bermacam-macam halangan dan dugaan yang didatangkan, dek kerana keimanan yang bertapak didalam jiwa dan rohani kitalah, bagaimana kita menempuhi dan menerima semua itu.

Salah satu ujian yang didatangkan kepada hamba Allah ialah penyakit. Anda tentu sudah membaca dan meneiliti cerita yang aku buatkan dahulu berkenanaan adik Ilham.

Jadi, bagaimana Abah dan Ibunya menghadapi dan menerima ujian ini yang di datangkan kepada mereka berdua?.

Aku yakin dan pasti yang mereka berdua ini kuat dan tabah untuk menghadapi ujian ini.

Memang benar, pada peringkat permulaan untuk menerima ujian ini agak terbeban dan menyakitkan. 

Kadang-kadang itu sudah pastinya akal dan perasaan kita akan bercelaru dan runsing untuk berdepan dengan ujian yang amat-amat berat ini.

Maka yakinlah dan tanamkanlah didalam rohani dan akal kita, setiap yang pahit akan mendapat manisnya andai kita terus bersabar dan tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Aku terharu bilamana aku membaca dan meniliti kembali gambar- gambar dibawah ini.

Sesungguhnya memang ada manis andai dilihat melalui gambar ini.

Abah dan ibu semestinya akan tunjukkan yang mereka kuat di hadapan anaknya si Ilham ini.

Cukuplah aku menulis untuk adik Ilham dan sesungguhnya aku hanya menulis untuk memberikan semangat kepada pembaca yang sudi singgah ke blog aku ini, sebagaimana kuatnya sahabatku ini.

Pada Farid dan Ita memang benar ujian yang datang kepada anda sahabatku amatlah berat, dan yakinlah akan ada
Manisnya selepas ujian yang berat ini kepada kalian berdua sahabatku.

Perkembangan yang terkini aku dimaklumkan adik Ilham semakin menunjukkan sesuatu yang positf selepas menerima terapi, namun kondisi darah merahnya sahaja kurang dan dijangka akan menerima rawatan susulan pada hari Khamis ini.

Sesungguhnya besarkan jiwa agar selalu dapat bernafas, jika bersangka baik terhadap sesuatu ujian yang menimpa agar mendapat aura yang positif. 

Maka UJIAN AKAN MANIS BILA kita menerimanya dengan fikiran yang terbuka dan tidak menyalahkan takdir dan ketentuan dari ALLAH S.W.T ini.

Penyakit datang menghapuskan dosa-dosa kita, dan bukannya bala.

Semoga Adik Ilham senantiasa didalam lindungan dan keberkatan Allah S.W.T.


Hai semua saya Ilham.

Saat bersama yang diimpikan.

Lihatlah lukisan Ilham ini.

Apa macam cantik kan??

Selepas rawatan..tidurlah anakku.

Penat...semoga Adik Ilham sembuh

Lawatan mengejut dari artis tanahair.

Pakcik makcik jangan jelous tau hehee

Ilham seronok, Ibu pun seronok.

Terima kasih Ilham ucapkan, ada masa datang lagi tau..










You Might Also Like

1 comments

  1. insyaAllah ...moga dipermudahkan segalanya buat adik Ilham dan keluarga

    ReplyDelete

Sambunglah taip pulak.....

Like us on Facebook