Permotoran

PANAS SANGAT.

January 10, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Memang panas sungguh cuaca semenjak dua menjak ini, terutama sekali waktu sebelum zuhur hingga masuk waktu asar tau.

Bertambahlah panas pulak hati bila buka ja aircond kereta kebalku itu, nah ambik hang. Mulanya sejuk aku rasai suhunya, namun setelah sejam memandu..huhuuu, cuma angin sahaja laaa..

Pada asalnya aku  tidak mempedulikan sangat bab sejuk ka panas ka, lantaklah aku fikirkan, asalkan ada sedikit rasa sejuk dan kemudian panas pun jadilah.
Aku ni kalau korang nak tahu, bab enjin memang tahu walaupun tidak banyak dan mendalam tapi bukan sampai tahap boleh tahu masalah enjin hanya mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh enjin, namun bab aircond ni aku angkat bendera putih, kang kalau dibuat sendiri aku takut keluar salji terus beb.

Sesungguhnya dikau wahai aircond, pada hari ini sangat menguji tahap sejuk serta tahap panas aku, apakan tidaknya memanjang panas saja dia keluarkan angin. Sekarang aku pun panas tambah pulak cuaca pun panas sekarang.

Jadi untuk tidak memeningkan kepala akibat panas terlampau ini, maka aku pun mengambil keputusan agar aircond keretaku itu dibuatkan penyelenggaraan oleh yang pakar.

Dengan tidak teragak-agak aku langsung ke bengkel yang memang membaiki, dan bermacam-macam lagi kerja berkaitan dengan aircond ni, semacam di panggil Pakar Penghawa Dingin Kenderaan.

Kedai ini terletak di dalam Petaling Jaya berhampiran bangunan 7Eleven sebaris dengan Affin bank Petaling jaya. 

Tapi jangan korang terkejut kerana, kedai ini terletak dibelakang, jadi korang kena masuk ke lorong belakang bangunan tersebut.
Aku nak terangkan pun aku bukannya yang selayak didalam bidang service aircond korang tau. 

Nah gambar sahaja dapat aku terangkan untuk bacaan korang.


Ini yang di dalam kereta dibawah dashboard korang


Pemeriksaan untuk memastikan kerosakan atau hanya servicing biasa.


Proses pun bermula.


Woowww...13tahun okey....hehehee..tokey kedai pun pelik.


Macam inilah rupanya benda yang dibawah dashboard.


Tabung pun kena tukarlah..sudah sumbat bos..hehehee



Hasil dalam negeri, kotor sangat beb.



Halamak...patutlah tabung gas pun tersumbat...
sudah terlampau teruk.



Khidmat 'dobi mendobi'.


Cantik ke saya ni...inilah rupa setelah selesai 'mendobi'.


Pasang balik elok-elok tau.


Proses mencantumkan kembali setelah selesai.


Dah buka pasang balik yee....


Tabung gas pun dah ditukar ganti.


Siap pasang apalagi...masuk gas la..


Sila korang pastikan jenis gas yang
 akan diisikan kedalam aircond kereta
korang tau.


Abaikan tangan ghaib itu, korang nampak tak yang putih di atas 
itu menunjukkan tabung gas dan gas anda cukup serta berkeadaan baik.



Dah berjangkit. Apa pun syukur kepada Allah, 
mujur tak jadi ditengah jalan



Belting Compresser aircond nak juga yang baru huhuu



Kau kuganti juga setelah hampir 6tahun berkhidmat
Terima kasih.





Rasmilah keretaku bernafas baharu, yerr la gas dah masuk yang baru, jantung kedua pun dah di selenggara.

Mudah-mudahan agar berkekalan baiknya aircond kereta aku tu yee....
InsyaAllah.

Permotoran

CARA MUDAH HILANGKAN ASAP PUTIH KERETA ANDA.

January 09, 2017

Assalamualaikum...

Ngapa...terkejut, ye la mesti anda yang baca ni pernah mengalami detik dimana kereta kesayangan anda mengeluarkan asap putih.

Asap putih keluar dari ekzos kereta anda semasa hendak memulakan perjalanan ataupun masa korang berhentikan kereta di lampu isyarat, malahan dah macam asap fogging ye tak? 

Asap putih terjadi atau berlaku atas banyak faktor..
Aku rasa antara faktor-faktornya adalah disebabkan:

  1. Minyak hitam perlu ditukar, kita tidak menukarkan minyak hitam kereta kita.
  2. Gasket head dan enjin sudah terbakar.


Tanpa sebab maka perkara sedemikian tidak akan terjadi, tanpa faktor kecuaian penjagaan kereta anda baik dari segi penjagaan minyak hitam atau paling senang cakap enjin korang minta suapan dan dimanjai heheheee..

Kereta aku pun dah mencecah usia 13 tahun, so hal yang sama pun terjadi pada aku, mujur aku jenis yang mencuba minyak yang bermacam-macam demi kesesuaian enjin keretaku itu.

Nah...aku dah berjumpa dengan satu jenama yang agak baru aku rasa untuk menghilangkan asap putih kenderaan anda.



Jenama Bardhal. No smoke


Memula aku mencuba sebotol untuk merasai perbezaan dan keberkesanan minyak tersebut. Dan yang pasti aku boleh khabarkan kepada korang yang jenama minyak ini memang agak berlainan sedikit.

Apa yang berlainannya.

  • Dari segi kelikatan minyak tersebut. Ia agak pekat dan melekat.
  • Dari segi penggunaan minyak tersebut juga berbeza iaitu sebotol tuang habis tau.
  • Minyak tersebut juga semacam gam melekat dan memang agak luar biasa kepekatannya.

Mana hendak dapatkannya...korang pergilah ke kedai menjual spare part kereta dan harus diingat tau, tidak semua kedai spare part kereta ada menjualnya.
Dari segi penggunaan pulak siap diterangkan dalam bahasa kebanggaan aku, iaitu bahasa melayu beb, nak guna senang, setiap kali minyak hitam yang baru mesti masukkan sekali dengan minyak ini.


Mudah macam menghembus nafas..
buka tutup dan tuangkan kedalam enjin anda



Macam madu la..hahahaaa pekat sungguh.
Sesi menuang agak lambat habisnya...huhuuuu



Setakat aku menulis ini, keretaku tidak lagi mengeluarkan asap putih yang teruk.

Malahan bila buka penghawa dingin bau asap putih pun tidak memasukki kereta korang tau, itu yang aku puas hati dengan menggunakan minyak jenama ini.

Dari segi penjimatan masa dan wang, aku rasa memang sesuai kepada korang yang inginkan keputusan yang pantas.

Kalau enjin nak di overhaul, memang menelan belanja yang agak besar, dan kemungkinan masalah yang sama akan berulang lagi.

Namun, bagi aku ini sudah pasti mendatangkan pulangan yang agak berbaloi tau.

Kurang asap putih dan agak berkesan bagi keretaku korang tau dak..yer la kalau tidak masa berhenti di lampu isyarat, kesian beb orang belakang, kereta dia hitam langsung jadi putih hahaaaa.


Permotoran

BAHAYA MENANTI JIKA MOUNTING ENGINE KERETA ROSAK!!!

January 05, 2017

Assalamualaikum.....


Wah...memang tajuk bahasa inggeris kot..hahahaaa... yer la dah masuk tahun 2017 maa...namun tulisan aku tetap dalam bahasa melayu juga.
Korang mesti pernah dengar, pernah alami apa yang di panggil dengan perkataan Mounting Kereta.
Ya...sesuatu kompenen yang agak penting jugaklah buat insan yang kabur didalam peralatan kenderaan pada aku ni. 
Namun jika mounting ini bermasalah, akan ada jangkitan 'virus' dari kerosakan mounting itu sendiri.
Setahu aku la, mounting ni tugasnya untuk memegang bahangian yang penting didalam kenderaan.
Mounting kereta untuk Iswara dan seangkatannya terdapat pada 4 bahagian yang penting.




Mounting Engine


Mounting  Gearbox


Mounting Timing Belt.


Mounting Body Kereta.
(Semuanya dah ditukar yang baru.)



Beginilah rupanya Mounting yang telah pun rosak 150%.


Rupa Mounting yang memegang badan kereta.


Ini yang di timming belt kereta.



Tengok pun takut..keadaan mounting di gearbox kereta
Koyak dah getah beb.



Sampai patah ang kejakan mounting enjin cuping ooo...
Besi dia pun hilang. 12 tahun.

Bahaya andai penukaran mounting kereta korang tidak di tukarkan dengan kadar yang segera.

  1. Boleh menyebabkan enjin kereta korang jatuh secara tiba-tiba.
  2. Kos baikpulih akan melambung beb.
  3. Yang penting akan ada nyawa yang akan melayang andai tanpa korang sedari mounting kereta korang dah pun rosak.

Nah ambik ang, kos campur upah camput cukai semua sekali yummy beb.

Dari pengamatan dan pengalaman aku memandu dari Utara sehingga ke Selatan Tanah Air Malaysia, bab enjin sebuah kenderaan amatlah harus dititik beratkan penjagaan oleh semua pengguna kenderaan.

Ok..alkisah nak dijadikan sebuah penceritaan aku kali ini, Mounting  kereta aku yang dah berusia hampir kepada 12 tahun, mulai membuat perangai yang agak keras sedikit aku rasa.

Manakan tidak dah 12 tahun kot beb, kalau kita pun tidak ditukarkan baju agaknya dah koyak rabak jawabnya.

Untuk mengenal pasti samada mounting engine korang rosak atau tidak,  aku kongsikan pengalaman aku ketika memandu dalam mana mounting engine keretaku telah rosak tanpa aku sedari.


  • Ketika korang membuka penghawa dingin  kereta korang, enjin kereta akan turun naik timing dia, so korang kenalah periksa mounting engine cepat-cepat supaya tidak merebak 'virus' kerosakan kereta korang.
  • Bila mengambil selekoh akan terasa  goyang yang amat sangat, pergilah kedai tayar pun pasti akan disuruhnya tukar bermacam-macam alat ganti, namun kedai tayar itu sendiri tidak akan mengesyorkan penukaran mounting engine korang, so korang paham-paham sendiri tau.
  • Kalau kereta jenis manual lagi senang nak tahu, yee la korang cuba letakkan sedikit kaki kiri korang di pedal clutch korang dan pasti akan terasa bergegar dia lain macam wooo semasa kereta sedang bergerak...itu aku rasa mounting untuk gearbox kereta korang dah terkena jangkitan 'virus' mounting bermasalah.
  • Bila jalan lurus tengah sedap menekan minyak kereta korang, masa itu cuba korang tengok keadaan stereng kereta korang, kalau gegar lain macam memang sahih adalah lebih baik korang periksa mounting dekat timming belt korang.
Namun tips diatas adalah dari pengalaman aku sendiri merasai kerosakan mounting tanpa aku sedari..hehehee


Maka dengan syioknya kereta aku di pandu tanpa gegaran pada bahagian enjin lagi..

Permotoran

PENJAGAAN TAYAR YANG SERING KITA ABAIKAN

December 19, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tayar ooooo tayar..memanglah amat penting, aku rasa dalam aspek sesebuah jentera pengangkutan amnya dan kereta khusunya. Bagi aku bab penjagaan tayar kereta ini amatlah mustahak, 

Kalau sudah tayar bermasalah habis kereta juga akan turut bermasalah..yer la...udah tayar rosak macam mana kereta mau gerak heheheee...

Al kisah petang sebelum cuti minggu lepas tayar kereta kebalku bermasalah setelah hampir 5 tahun menggunakan khidmat tayar tersebut...sampai pomen tayar itu menunjukkan reaksi muka agak terkejut..." waahhh....manyak lamaaaa..." dalam dialek cina bercakap melayu.


Beginilah tayarku setelah hampir 5 tahun


So taukeh kedai tayar itu memberikan beberapa cadangan jenis tayar serta harga.

  •      Jenis Michellin  185/60 R14  RM 185/pc.

  •      Jenis Hankook 185/60 R14 Rm 120/ pcs .

  •      Jenis Used Tayar Keadaan Bunga Dalam 70% Rm 65.

Aku bila melihatkan keadaan tayar Second tu...telan guli beb....lantas my wife aku telefon dan keputusan pun berat kepada Jenis Hankook tersebut memandangkan agak murah dari kedai tayar yang lain. Jadi maka dengan rasminya aku pun memilih tayar dari jenis tersebut memandangkan tayar kereta aku yang lagi dua pasang itu masih agak baru ditukar gantinya.

Apa yang aku agak memeranjatkan aku bila si pomen itu memberikan aku beberapa tips penjagaan tayar bagi mengelakkan tayar cepat haus atau mengalami kerosakkan secara tanpa kita sedari. Dan mungkin juga korang pun tahu juga dan ambil mudah dalam bab penjagaan tayar kereta korang.

Antara yang menarik perhatian aku ialah:

  1. Abang you mesti buatkan allignment atau balancing ini tayar sekurang-kurangnya setahun sekali dan paling bagus setiap enam bulan sekali.




Ini dok buatkan alligment tayar menggunakan perkomputeran.
                                                 


  2. Abang you tau ka kenapa tayar cepat rosak atau haus...sebab malas mau bikin allignment atau balancing tayar.



Tempat balancing tayar .

 3. Paling penting setiap 3 hari u mesti periksa keadaan tayar tau abang...

 4. Absorber pun you mau check juga tau abang, you mesti tengok dia punya spring atau batang absorber itu ada minyak keluar atau sudah rosak dengan cara menekan kereta di setiap penjuru.

 5. Jangan selalu gunakan chemical pencuci tayar abang, sebab nanti tayar abang akan cepat rosak dia punya getah tau abang.


Demikian tips yang agak rare jugak bagi aku, iyalah seingat aku sudah hampir setahun lebih aku tidak membuat perkara yang pomen itu bagitau.



Peralatan yang digunakan untuk menukar tayar.

Dalam pomen itu dok perbetulkan apa yang patutnya sempat lagi beliau memberikan ilmu panduan penjagaan tayar.

So bagi aku bab dalam penjagaan tayar ini amat penting kerna paling terkesan andai tayar tidak jaga dengan betul ialah bila masa selekoh yang agak tajam dan laju ketika mengambil selekoh tersebut mungkin akan terjadi perkara yang korang pun tidak mahu berlaku betul dak....

Maka tayar kereta andai dijaga dengan elok dan betul akan memberikan langkah keselamatan semasa anda sekeluarga mahupun sendirian akan lebih selamat.


Like us on Facebook