BUNDLE - SCOUT KOREA CAP.

February 11, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang semua.

Jangan terkejut tajuk macam itu, yer la tajuk orang putih la katankan...hehehe.

Al-kisah pergi menyelam di sebuah kedai bundle...ops..bundle...alamak..
bundle dengan aku sudah macam melekat antara satu sama lain.

Apa pulak menyelam itu yeee?? Menyelam ikut kefahaman aku adalah istilah untuk mencari barang, baju atau apa sahaja berkaitan dengan bundle. Bukan pergi menyelam didalam laut tau.

Kalau sudah menjadi rezeki, tidak akan lari ke mana betulkan??
Nah...topi...memang agak menarik perhatian sebaik aku melangkah masuk ke sebuah kedai bundle ini.



Memang cun...Lambang tu yang mahal.

Aku punya tengok, mengalahkan tengok isteri sendiri, aduh!. Warna masih lagi elok dan tidak pudar langsung, kombinasi warna yang agak menarik bagi aku.

Tanpa melengahkan waktu yang kian berdetik, aku terus menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Hati mulai berbunga-bunga, mana tidaknya sang biru muda sudah pun daku tawan..hahahaaa.

Balik sahaja, aku terus memulakan misi untuk menangkap gambar.

Chanteek saya yee..

Aku melakukan pencarian di Google untuk memastikan apa yang telah aku berjaya takluki ini. Memang ternyata, bagai mimpi di siang hari, aku agak terkejut dengan apa yang aku temui.

Sudah terang lagikan bersuluh, barang elok sudah di miliki. Aku mengucapkan syukur alhamdulillah. Andai betul apa yang aku temui dengan apa yang aku miliki ini memang ada harga.

Sama serupa. Tag masih lagi cantik.

Biar orang kata, " apa barang main bundle". Korang carilah mana barang bundle yang tidak berharga dan mempunyai pengemarnya.

Barang yang baik susah dimiliki, jika berpeluang sambarlah dia, jangan biarkan menjadi igauan yang buruk dan sesalan hingga ke anak cucu.

Tulisan yang Rare disebelah atas.

Tulisan dibawah yang Rare.

Bagi aku, Bundle memang tetap yang terbaik dan berkualiti sepanjang zaman, biarpun dah nak masuk ke Wawasan 2020.

Aku mendapat jawapan dan kepastian berkenaan topi yang aku miliki ini melalui pencarian di google.

Kalau korang nak kepastian dan kebenaran lagi cari tau.

Screenshoot topi ini di eybay.

Harga pun dalam Dollar US ditukar kepada RM memang meletup.

Bukan itu yang aku kejarkan.
Hanya mencari sedikit kepuasan didalam aksi menyelam 
Agar dapat sedikit ketenangan.



You Might Also Like

1 comments

  1. nangis tengok harga kalau convert ke ringgit malaysia hehe

    ReplyDelete

Sambunglah taip pulak.....

Like us on Facebook