WANITA HEBAT BERGELAR IBU.

January 12, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa yang tidak sayang ibu sendiri...ya barangkali korang sering mendengarkan ayat "sapa tak sayang bini oooo".

Ya...memang sering kali kita dengar dan seringkali juga kita ungkapkan, namun agak jarang kita dengarkan orang ungkapkan kata-kata"sapa tak sayang ibu ooo"

Ibu, emak, mummy, ummi, mom itulah nama panggilan yang begitu keramat untuk seorang wanita hebat yang mempunyai anak.

Sama juga dengan aku, panggilan untuk wanita yang hebat adalah emak dan singkatan mak.

Wanita hebat yang bergelar ibu ini diberi nama 
PUAN HAJJAH SITI RAHMAH BINTI HJ HASHIM.


Wajah kesayangan daku.


Aku berasa amat bersyukur kerna masih mempunyai emak di atas muka bumi ini.

Layak aku memanggil emak aku sebagai wanita hebat dek sebab emak aku mempunyai anak seramai 13 orang semuanya.

Ya, cuma seorang emak dan seorang ayah, aku mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai.

Emak aku mempunyai 9 anak perempuan dan 4 orang anak lelaki.

Selang antara seorang anak cuma dibezakan setahun dan 2 tahun setiap kami adik-beradik.

Tercapai hajat arwah ayahku, inginkan 4 orang anak lelaki untuk mengusung jenazah dia nanti. Dapatlah kami anak lelakinya mengusung jenazah ayahku.

Korang pejamkan mata sekejap, dan bayangkan bagaimana emakku membuat kerja-kerja rumah, memasak, menjaga anak-anak lagi, melayan suami lagi, fuhh makku memang hebat.

Agak-agak, kalau zaman sekarang ni ada yang terjun tingkap la aku rasa.

Memang cabaran dan dugaan emak aku untuk membesarkan anak dalam bilangan yang ramai, cuma Allah sahaja yang tahu.

Namun, dari 13 orang adik beradik sekarang cuma tinggal 11 orang.
Dua dari kami telah pergi buat selama-lamanya, yang sulung perempuan dan yang nombor 3.



Inilah adik-beradikku serami 13 orang, gambar agak rare.
Dua dari kanan korang yang perempuan
sudah meninggalkan aku buat selama-lamanya


Cuba korang bayangkan tau, dah dijaga dari kecil sampai besar dan diberikan penuh kasih sayang dari seorang ibu kepada anak-anaknya, namun Allah lebih sayang kepada anak-anak emak aku, mereka telah dijemput awal oleh Sang Pencipta kita semua. Hebat sungguh dugaan kepada emak aku.

Sudah anak dijemput Allah kembali, suami pulak dipanggil terlebih dahulu oleh Allah.



Arwah ayahku Ahmad bin Ariffin dan 
arwah kakak yang nombor 3.


Memang benar dan tepat andai aku gelarkan emak aku ini sebagai wanita yang hebat.

Membesarkan anak-anak yang masih bersekolah lagi dengan hanya berbekalkan duit pencen peninggalan arwah ayah aku,
emak memang hebat.

Sesungguhnya seorang wanita yang bergelar ibu ini sangat-sangat hebat, apatah lagi dengan mempunyai bilangan anak yang ramai.

Aku senantiasa berdoa kepada yang Maha Esa, agar usia mak di panjangkan, diberikan kesihatan yang baik dan diampunkan setiap dosa-dosanya.

Hargailah emak, sementara nyawa masih diberi oleh Allah.

Apa-apa pun,mak aku memang WANITA HEBAT BERGELAR IBU.

You Might Also Like

3 comments

  1. sesiapa saja yang bergelar ibu adalah hebat. So, hargailah ibu-ibu dan isteri anda. Bukan isteri-isteri ye .... hehe

    ReplyDelete
  2. Sebab itu Syurga anak-anak dibawah telapak kaki ibunya.

    ReplyDelete

Sambunglah taip pulak.....

Like us on Facebook