Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bundle kasut berjenama memang agak ramai peminat tegarnya serta mendapat sambutan yang agak tinggi bagi aku.
Aku dan bundle memang tidak dapat dipisahkan lagi, kalau boleh baju raya pun aku nak memakai dari bundle gak, kang ada yang kena penampar dek kerana memakai baju bundle di hari raya heheeee.
Namun, terpulang pada diri korang, sama ada pakai kasut dari bundle berjenama ataupun dari butik-butik yang terkemuka. Pada aku, kaki masing-masing dan citarasa masing-masing yer dak.
Aku punya telinga kalau korang nak tahu, memang sensitif bila ada terdengar perkataan berhantu ni, iaitu Bundle huhuuu.
Nak pulak bab bundle kasut memang ler, liar sahaja mataku ini. Mana nak dapat kasut yang murah serta berkualiti malah berjenama pulak tau dan mungkin juga korang akan menjumpai ataupun memiliki jenis yang agak rare.
Kisahnya, aku dalam perjalanan untuk menonton anugerah Puskas FIFA 2016, dalam dok layan bawa kereta mata aku terpandang ke arah suatu tempat ini.
Hadoi bundle kasut la pulak, aku pun apa lagi zass terus parking kereta, terus pergi ke arah tempat yang keramat itu hehee.
Tempatnya agak strategik juga peniaga ini memilih, ia berada berhadapan dengan restoran makanan segara MCD di Desa Pandan Kuala Lumpur.
Aku tanpa menoleh ke belakang lagi, masuk dalam kereta terus menuju ke tempat yang di rancangkan. Karang tengok siaran langsung kemana, lepak kemana.
Fuhh...Alhamdulillah dan Tahniah kepada pemain bola sepak kita
Mohd Faiz Subri...memenangi Anugerah Terhebat FIFA 2016.
Assalamualaikum...
Ngapa...terkejut, ye la mesti anda yang baca ni pernah mengalami detik dimana kereta kesayangan anda mengeluarkan asap putih.
Asap putih keluar dari ekzos kereta anda semasa hendak memulakan perjalanan ataupun masa korang berhentikan kereta di lampu isyarat, malahan dah macam asap fogging ye tak?
Asap putih terjadi atau berlaku atas banyak faktor..
Aku rasa antara faktor-faktornya adalah disebabkan:
- Minyak hitam perlu ditukar, kita tidak menukarkan minyak hitam kereta kita.
- Gasket head dan enjin sudah terbakar.
Tanpa sebab maka perkara sedemikian tidak akan terjadi, tanpa faktor kecuaian penjagaan kereta anda baik dari segi penjagaan minyak hitam atau paling senang cakap enjin korang minta suapan dan dimanjai heheheee..
Kereta aku pun dah mencecah usia 13 tahun, so hal yang sama pun terjadi pada aku, mujur aku jenis yang mencuba minyak yang bermacam-macam demi kesesuaian enjin keretaku itu.
Nah...aku dah berjumpa dengan satu jenama yang agak baru aku rasa untuk menghilangkan asap putih kenderaan anda.
Memula aku mencuba sebotol untuk merasai perbezaan dan keberkesanan minyak tersebut. Dan yang pasti aku boleh khabarkan kepada korang yang jenama minyak ini memang agak berlainan sedikit.
Apa yang berlainannya.
- Dari segi kelikatan minyak tersebut. Ia agak pekat dan melekat.
- Dari segi penggunaan minyak tersebut juga berbeza iaitu sebotol tuang habis tau.
- Minyak tersebut juga semacam gam melekat dan memang agak luar biasa kepekatannya.
Mana hendak dapatkannya...korang pergilah ke kedai menjual spare part kereta dan harus diingat tau, tidak semua kedai spare part kereta ada menjualnya.
Dari segi penggunaan pulak siap diterangkan dalam bahasa kebanggaan aku, iaitu bahasa melayu beb, nak guna senang, setiap kali minyak hitam yang baru mesti masukkan sekali dengan minyak ini.
Setakat aku menulis ini, keretaku tidak lagi mengeluarkan asap putih yang teruk.
Malahan bila buka penghawa dingin bau asap putih pun tidak memasukki kereta korang tau, itu yang aku puas hati dengan menggunakan minyak jenama ini.
Dari segi penjimatan masa dan wang, aku rasa memang sesuai kepada korang yang inginkan keputusan yang pantas.
Kalau enjin nak di overhaul, memang menelan belanja yang agak besar, dan kemungkinan masalah yang sama akan berulang lagi.
Namun, bagi aku ini sudah pasti mendatangkan pulangan yang agak berbaloi tau.
Kurang asap putih dan agak berkesan bagi keretaku korang tau dak..yer la kalau tidak masa berhenti di lampu isyarat, kesian beb orang belakang, kereta dia hitam langsung jadi putih hahaaaa.
Assalamualaikum...
Apa khabar semua pembaca? Diharap semua sihat dan selamat hendaknya.
Ya, sebuah pertemuan serta perpisahan adalah sesuatu yang tidak dirancang serta diluar daripada akal fikiran manusia biasa.
Korang bayangkanlah, setelah hampir 15 tahun lamanya aku tidak pernah berjumpa dengan kengkawan satu sekolah setelah tamat zaman sekolah menengah lagi. Nama saja duduk di dalam kawasan yang agak dekat, namun masih juga tidak berkesempatan untuk berjumpa adoiii.
Mungkin jodoh untuk berjumpa dengan geng lama tiada. Apakan tidak masing-masing membawa haluan dan kemudi sendiri.
Hendak dijadikan cerita, semasa aku pulang ke kampung halaman, kawan lama aku ada mengadakan kenduri kahwin adik lelaki dia, so apasalahnya, time-time cuti ini, aku pun terus la...
Aku pun apa lagi, pederas la naik motor anak sedaraku..
Fuhhh,.....best wooo naik motor, empat beranak oooo...
- Boleh menyebabkan enjin kereta korang jatuh secara tiba-tiba.
- Kos baikpulih akan melambung beb.
- Yang penting akan ada nyawa yang akan melayang andai tanpa korang sedari mounting kereta korang dah pun rosak.
Ok..alkisah nak dijadikan sebuah penceritaan aku kali ini, Mounting kereta aku yang dah berusia hampir kepada 12 tahun, mulai membuat perangai yang agak keras sedikit aku rasa.
Manakan tidak dah 12 tahun kot beb, kalau kita pun tidak ditukarkan baju agaknya dah koyak rabak jawabnya.
Untuk mengenal pasti samada mounting engine korang rosak atau tidak, aku kongsikan pengalaman aku ketika memandu dalam mana mounting engine keretaku telah rosak tanpa aku sedari.
- Ketika korang membuka penghawa dingin kereta korang, enjin kereta akan turun naik timing dia, so korang kenalah periksa mounting engine cepat-cepat supaya tidak merebak 'virus' kerosakan kereta korang.
- Bila mengambil selekoh akan terasa goyang yang amat sangat, pergilah kedai tayar pun pasti akan disuruhnya tukar bermacam-macam alat ganti, namun kedai tayar itu sendiri tidak akan mengesyorkan penukaran mounting engine korang, so korang paham-paham sendiri tau.
- Kalau kereta jenis manual lagi senang nak tahu, yee la korang cuba letakkan sedikit kaki kiri korang di pedal clutch korang dan pasti akan terasa bergegar dia lain macam wooo semasa kereta sedang bergerak...itu aku rasa mounting untuk gearbox kereta korang dah terkena jangkitan 'virus' mounting bermasalah.
- Bila jalan lurus tengah sedap menekan minyak kereta korang, masa itu cuba korang tengok keadaan stereng kereta korang, kalau gegar lain macam memang sahih adalah lebih baik korang periksa mounting dekat timming belt korang.
![]() |
| Beginilah tayarku setelah hampir 5 tahun |
- Jenis Michellin 185/60 R14 RM 185/pc.
- Jenis Hankook 185/60 R14 Rm 120/ pcs .
- Jenis Used Tayar Keadaan Bunga Dalam 70% Rm 65.
So bagi aku bab dalam penjagaan tayar ini amat penting kerna paling terkesan andai tayar tidak jaga dengan betul ialah bila masa selekoh yang agak tajam dan laju ketika mengambil selekoh tersebut mungkin akan terjadi perkara yang korang pun tidak mahu berlaku betul dak....
Maka tayar kereta andai dijaga dengan elok dan betul akan memberikan langkah keselamatan semasa anda sekeluarga mahupun sendirian akan lebih selamat.
Alhamdulillah ada peningkatan pada tahap nirkotin aku dan berada pada paras normal. Setelah diuji tahap nirkotin aku hanya pada skala 02. Maka itu dah bagus beb hehee.
Fkirkan
Rokok punya pasal
Habis segala Hal.























































