HEROIN YANG TIDAK DIDENDANG

January 14, 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat korang yang sudi membaca tulisan aku yang tidak seberapa ini dan terima kasih.

Sering kali kita dengarkan orang dok canangkan hero sahaja.

Nah, untuk kali ini aku tampilkan sedikit perbezaan, superherion tau.

Mungkin pada sesetengah orang, untuk menunjukkan kasih sayang terhadap makhluk selain daripada manusia ini berbeza-beza dalam berbagai cara.

Penyebab aku menulis cerita ini adalah bilamana aku melalui lorong dibelakang deretan kedai di Petaling Jaya iaitu di Seksyen 52.

Aku dengan tidak semena-mena terpandang, seseorang memberikan makanan kepada kucing-kucing yang berkeliaran ini.


Inilah wajahnya...

Mungkin takdir untuk aku, apabila dipertemukan dengan seorang wanita yang begitu sayang terhadap haiwan yang dari jenis kucing tau.

Aku mengamati dan mendekati wanita ini yang ku panggil "Auntie" selayaknya dia dipanggil begitu fikir aku barangkali.


Makanan sudah sampai.


Apa yang membuatkan aku begitu tertarik dengan auntie ini, kerana dia memberikan makan kepada kucing-kucing jalanan dan yang terbiar.

Tanpa mengira pegangan agama, Auntie ini masih menunjukkan sikap yang patut dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat kita.

Ini tidak, jumpa sahaja kucing jalanan, maka ada yang sanggup membuat aksi terlarang, dan ada juga jenis masyarakat berjiran dengan pengemar kucing ini membuat onar serta melakukan perbuatan terkutuk.

Insaf-insaflah ye tau, pada siapa pun yang melakukan perbuatan sedemikian.

Auntie ini siap cakap kat aku
"Saya aa, kesian sama ini kucing, sapa mau kasi makan sama dia olang"
Terkesan aku beb, mendengar kata-kata sebegitu terlontar keluar dari mulut seorang yang bukan beragama Islam.

Bertambah hormat aku pada auntie ini, bila dia menggunakan makanan kucing dari jenis yang agak mahal untuk diberikan kepada kucing-kucing tersebut.


Ehem...siap sudu lagi beb...Prodiet la...
Ada jenis wet dan pallet lagi


Aku terpandang cara auntie ini memberikan makan kepada kucing-kucing ini berlapikkan pinggan kertas.



Siap pinggan kertas lagi tau...

Korang kalau nak tahu, auntie ini mengeluarkan modal sendiri untuk membeli makanan kucing-kucing ini.

Aku bertanya kepada beliau
"Berapa kali sehari Auntie kasi makan sama itu kucing?"
"Sehari sekali I kasi makan sama diorang maa"
Alamak.... bertambah hormat aku kepada auntie ini.

Layakkah aku memanggil auntie ini sebagai 
HEROIN YANG TIDAK DIDENDANG ataupun Superheroin

Paling terkesan dihatiku ini bila Auntie ini menawarkan supaya aku membela kucing yang memang cantik ini ooo...


Ekor kembang, mata oren la...tapi
 "malu-malu kucing"


Korang jangan terkejut, auntie tu siap beritahu aku, itu kucing dia suka menyorok namun manja dengan Auntie sahaja..hahaaa.



Sombong tau!!!..heheheee


Siap nak bawa pergi klinik haiwan lagi, tujuan bagi mendapatkan suntikan ubat, kerana si kucing ini mempunyai kutu dan luka-luka kecil. Namun si kucing, seringkali melarikan diri dan Auntie sudah tidak berapa kuat hendak kejar dan tangkap.


Auntie ini siap bagi nama lagi. Embang nama diberikan kepada kucing ini.
Sebab ekornya kembang tau. Buangkan huruf K maka jadilah nama Embang.


Selesai misi Auntie hari ini memberi makan.


Kalau auntie ini boleh buat.
Mengapa kita tidak boleh lakukan perubahan.

Mengapa kita tidak menunjukkan sikap belas kasihan kita terhadap haiwan ini??




You Might Also Like

2 comments

  1. beruntung kucing-kucing tu ada yang menyayangi dan bagi mereka makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andai semua manusia sebegini, alangkah bertuahnya kucing didunia ini.

      Delete

Sambunglah taip pulak.....

Like us on Facebook