CARA MUDAH HILANGKAN ASAP PUTIH KERETA ANDA.
January 09, 2017Assalamualaikum...
Ngapa...terkejut, ye la mesti anda yang baca ni pernah mengalami detik dimana kereta kesayangan anda mengeluarkan asap putih.
Asap putih keluar dari ekzos kereta anda semasa hendak memulakan perjalanan ataupun masa korang berhentikan kereta di lampu isyarat, malahan dah macam asap fogging ye tak?
Asap putih terjadi atau berlaku atas banyak faktor..
Aku rasa antara faktor-faktornya adalah disebabkan:
- Minyak hitam perlu ditukar, kita tidak menukarkan minyak hitam kereta kita.
- Gasket head dan enjin sudah terbakar.
Tanpa sebab maka perkara sedemikian tidak akan terjadi, tanpa faktor kecuaian penjagaan kereta anda baik dari segi penjagaan minyak hitam atau paling senang cakap enjin korang minta suapan dan dimanjai heheheee..
Kereta aku pun dah mencecah usia 13 tahun, so hal yang sama pun terjadi pada aku, mujur aku jenis yang mencuba minyak yang bermacam-macam demi kesesuaian enjin keretaku itu.
Nah...aku dah berjumpa dengan satu jenama yang agak baru aku rasa untuk menghilangkan asap putih kenderaan anda.
Jenama Bardhal. No smoke
Memula aku mencuba sebotol untuk merasai perbezaan dan keberkesanan minyak tersebut. Dan yang pasti aku boleh khabarkan kepada korang yang jenama minyak ini memang agak berlainan sedikit.
Apa yang berlainannya.
- Dari segi kelikatan minyak tersebut. Ia agak pekat dan melekat.
- Dari segi penggunaan minyak tersebut juga berbeza iaitu sebotol tuang habis tau.
- Minyak tersebut juga semacam gam melekat dan memang agak luar biasa kepekatannya.
Mana hendak dapatkannya...korang pergilah ke kedai menjual spare part kereta dan harus diingat tau, tidak semua kedai spare part kereta ada menjualnya.
Dari segi penggunaan pulak siap diterangkan dalam bahasa kebanggaan aku, iaitu bahasa melayu beb, nak guna senang, setiap kali minyak hitam yang baru mesti masukkan sekali dengan minyak ini.
Mudah macam menghembus nafas..
buka tutup dan tuangkan kedalam enjin anda
Macam madu la..hahahaaa pekat sungguh.
Sesi menuang agak lambat habisnya...huhuuuu
Setakat aku menulis ini, keretaku tidak lagi mengeluarkan asap putih yang teruk.
Malahan bila buka penghawa dingin bau asap putih pun tidak memasukki kereta korang tau, itu yang aku puas hati dengan menggunakan minyak jenama ini.
Dari segi penjimatan masa dan wang, aku rasa memang sesuai kepada korang yang inginkan keputusan yang pantas.
Kalau enjin nak di overhaul, memang menelan belanja yang agak besar, dan kemungkinan masalah yang sama akan berulang lagi.
Namun, bagi aku ini sudah pasti mendatangkan pulangan yang agak berbaloi tau.
Kurang asap putih dan agak berkesan bagi keretaku korang tau dak..yer la kalau tidak masa berhenti di lampu isyarat, kesian beb orang belakang, kereta dia hitam langsung jadi putih hahaaaa.
9 comments
alhamdulillah ... asap putih dah takda
ReplyDeleteAlhamdulillah...setakat sekarang asap putih tiada lagi
DeleteBagus minyak Bardahl nie. Kesannya serta merta. Tq tuan empunya blog kongsikan hal ni
ReplyDeleteSama-sama
DeleteOnline xde jual ke bos?
ReplyDeleteHahaaa...kalau tuan sanggup..
DeleteInsyaAllah saya akan usahakan.
Mohon tinggalkan nombor untuk dihubungi.
Boleh cuba ni .. maaf bertanya xpyah ovrhol engin ka? Asap banyak kua ni.. Maaf sy 0 pasal krta ni..
DeleteApa beza no smoke ni dengan oil treatment?
ReplyDeleteMaaf tuan, sy nak tanya.. Kete berasap tu sebab mkn minyak hitam kan.. Minyak ni boleh solve problem tu ke
ReplyDeleteSambunglah taip pulak.....