BUNDLE KASUT BERJENAMA.
January 10, 2017Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bundle kasut berjenama memang agak ramai peminat tegarnya serta mendapat sambutan yang agak tinggi bagi aku.
Aku dan bundle memang tidak dapat dipisahkan lagi, kalau boleh baju raya pun aku nak memakai dari bundle gak, kang ada yang kena penampar dek kerana memakai baju bundle di hari raya heheeee.
Namun, terpulang pada diri korang, sama ada pakai kasut dari bundle berjenama ataupun dari butik-butik yang terkemuka. Pada aku, kaki masing-masing dan citarasa masing-masing yer dak.
Aku punya telinga kalau korang nak tahu, memang sensitif bila ada terdengar perkataan berhantu ni, iaitu Bundle huhuuu.
Nak pulak bab bundle kasut memang ler, liar sahaja mataku ini. Mana nak dapat kasut yang murah serta berkualiti malah berjenama pulak tau dan mungkin juga korang akan menjumpai ataupun memiliki jenis yang agak rare.
Kisahnya, aku dalam perjalanan untuk menonton anugerah Puskas FIFA 2016, dalam dok layan bawa kereta mata aku terpandang ke arah suatu tempat ini.
Hadoi bundle kasut la pulak, aku pun apa lagi zass terus parking kereta, terus pergi ke arah tempat yang keramat itu hehee.
Tempatnya agak strategik juga peniaga ini memilih, ia berada berhadapan dengan restoran makanan segara MCD di Desa Pandan Kuala Lumpur.
Aku tanpa menoleh ke belakang lagi, masuk dalam kereta terus menuju ke tempat yang di rancangkan. Karang tengok siaran langsung kemana, lepak kemana.
Fuhh...Alhamdulillah dan Tahniah kepada pemain bola sepak kita
Mohd Faiz Subri...memenangi Anugerah Terhebat FIFA 2016.
2 comments
pilihan banyak yang cantik , sediakan aja duitnya hehe
ReplyDeleteYap...kena pada nilai ringgit yang dikeluarkan
ReplyDeleteSambunglah taip pulak.....