Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hot wheels memang tidak asing lagi dan tidak perlu aku perkenalkan lagi untuk korang betul tak?.
Aku dah berhajat lama dah nak singgah di sebuah kedai yang terletak di Petaling Jaya ini, namun masa dan ruang tidak mengizinkan aku.
Bagi aku, peminat jenama Hot Wheels ini begitu ramai, sehingga sanggup berbelanja ratusan ringgit malahan ada yang mencecah ribuan ringgit, dek kerana minat terhadap jenama Hot Wheels ini.
Maka, pada petang semalam aku berkesempatan untuk menyinggah di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis mainan dan yang menjadi buruan sudah semestilah jenama Hot Wheels ini.
Pada aku, harga yang pemilik kedai ini tetapkan amatlah berpatutan dan setanding dengan jenis dan buatan malah yang menjadi kegilaan adalah jenis keluaran jenama Hot Wheels.
Untuk yang berada di sekitar Petaling Jaya ataupun dengan yang berhampiran boleh datang mencuci mata sambil kalau ada yang berkenan bolehlah sambar tau.
Pemilik kedai ini memang sangat ramah dan pandai melayan karenah pelanggan yang datang ke kedai beliau. Kalau korang datang mesti puas hati.
Kedai ini terletak di dalam deretan kedai makan di Medan Letak kereta di Petaling Jaya, menghala ke Mahkamah Petaling Jaya, dan berada di Seksyen 52 PJ.
Bukan sahaja jenama Hot Wheels dijual oleh kedai ini malahan bermacam-macam jenis mainan yang dijual, serta ada yang sudah tiada keluaran lagi dan agak Rare.
Korang nikmatilah gambar-gambar yeerr....
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda sekalian.
Sesungguhnya memang ada manis andai dilihat melalui gambar ini.
Abah dan ibu semestinya akan tunjukkan yang mereka kuat di hadapan anaknya si Ilham ini.
Cukuplah aku menulis untuk adik Ilham dan sesungguhnya aku hanya menulis untuk memberikan semangat kepada pembaca yang sudi singgah ke blog aku ini, sebagaimana kuatnya sahabatku ini.
Pada Farid dan Ita memang benar ujian yang datang kepada anda sahabatku amatlah berat, dan yakinlah akan ada
Manisnya selepas ujian yang berat ini kepada kalian berdua sahabatku.
Perkembangan yang terkini aku dimaklumkan adik Ilham semakin menunjukkan sesuatu yang positf selepas menerima terapi, namun kondisi darah merahnya sahaja kurang dan dijangka akan menerima rawatan susulan pada hari Khamis ini.
Sesungguhnya besarkan jiwa agar selalu dapat bernafas, jika bersangka baik terhadap sesuatu ujian yang menimpa agar mendapat aura yang positif.
Maka UJIAN AKAN MANIS BILA kita menerimanya dengan fikiran yang terbuka dan tidak menyalahkan takdir dan ketentuan dari ALLAH S.W.T ini.
Penyakit datang menghapuskan dosa-dosa kita, dan bukannya bala.
Semoga Adik Ilham senantiasa didalam lindungan dan keberkatan Allah S.W.T.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang semua.
Jangan terkejut tajuk macam itu, yer la tajuk orang putih la katankan...hehehe.
Al-kisah pergi menyelam di sebuah kedai bundle...ops..bundle...alamak..
bundle dengan aku sudah macam melekat antara satu sama lain.
Apa pulak menyelam itu yeee?? Menyelam ikut kefahaman aku adalah istilah untuk mencari barang, baju atau apa sahaja berkaitan dengan bundle. Bukan pergi menyelam didalam laut tau.
Kalau sudah menjadi rezeki, tidak akan lari ke mana betulkan??
Nah...topi...memang agak menarik perhatian sebaik aku melangkah masuk ke sebuah kedai bundle ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sengaja aku titipkan dan coretkan kisah berkaitan dengan adik Ilham ini.
Tujuan aku hanyalah satu...
Doa dan harapan agar adik Ilham ini diberikan kekuatan dan kesembuhan kembali oleh yang Maha Penyembuh yakni Allah S.W.T.
Dalam kita terkadang sibuk dengan berbagai cerita dan berita yang dihidangkan, kali ini aku bawakan kisah bagaimana seorang wanita yang bergelar Ibu.
Ya... Ibu. Kasih dan sayangnya terhadap anak tiada tolok tandingannya di dunia ini malahan di akhirat sana nanti.
Andai dia diberikan kuasa, serta kemampuan seorang Ibu tidak akan memberikan walau seekor nyamuk pun mengigit anak yang dikandungnya itu.
Itu nyamuk, inikan pula sakit yang amat berat ditanggung oleh anaknya. Ita, itu nama panggilan aku kepada seorang wanita bergelar Ibu yang anakknya menghidapi sakit kanser berkaitan darah yang pernah aku coretkan dahulu.
Ita adalah sahabat sekolah lamaku suatu waktu dahulu, namun Allah menemukan kembali aku dengan Ita ini, namun cara dan sebab untuk bertemu memang berbeza sama sekali.
Menurut Ita, sakit Ilham bermula dengan dibahagian perutnya membengkak secara tiba tiba di bahagian kanan terus membawa ke pusat, membuatkan si Ibu tak senang duduk.
Ibu jatuh dan jatuh lagi Ilham, namun Ibu bangun semula demi kerana kasih sayang Ibu buat kamu.
Dan kali ini juga Ibu diuji dengan ujian yang berat Ilham, ibu jatuh kali ini dengan teruk sekali, namun Ibu percaya Ilham kuat dan tabah demi melihat senyuman diraut wajah Ibu.
Ujian Ibu baru bermula bersama kamu Ilham, detik yang boleh membuatkan Ibu jatuh pengsan dan memungkinkan Ibu hilang akal dan fikiran, detik dimana apabila perkhabaran yang dibawakan oleh seorang doktor pakar disitu.
Doktor Teh adalah pakar bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan segala jenis kanser. Doktor Teh menarik Abah kamu Ilham dan Ibu sekali keluar dari Wad KK4, dan memberitahu yang Ilham mempunyai kanser B-Cell LYMPHOMA.
Ilham, Ibu rasa dunia hilang dari pandangan mata Ibu ini, jiwa terasa kosong bagai disentap roh keluar dari jasad. Memang benar kali ini Ibu diberikan ujian oleh Allah S.W.T sebesar-besarnya ujian.
Ketahuilah anakku Ilham, mujur Ibu ada Abah disisi, menemani dan memberikan kata-kata perangsang.
Allah memberikan ujian ini kepada hamba-Nya dan salah seorangnya adalah ibu Ilham sendiri.
Ibu sayang Ilham, tapi kenapa Ibu perlu menghapadi semua ini, Ibu tidak kuat Ilham, malah tempat kerja Ibu pun agak jauh di sempadan Selangor dan Pahang, hati Ibu tidak tenteram andai Ibu berjauhan dari sisimu Ilham.
Ilham harus kuat sepertimana kuatnya abah dalam memberikan kata-kata semangat untuk Ibu. Abah berpesan dan memberi nasihat buat Ibu Ilham.
"Ujian ini dari Allah, untuk menunjukkan betapa Allah sayang kat kita Ibu, dan bukannya dari manusia, Ibu kena kuat."
Benar seperti yang aku pernah tulis dahulu, dalam ujian yang amat besar ini, Ita diberikan bungkusan-bungkusan hadiah kecil dalam perhubungan dengan anak-anaknya.
Hubungan semakin akrab, malahan dapat meluangkan waktu yang lebih baik dengan anak mahupun dengan suaminya.
Ibu kerja jauh Ilham dan Ibu harus kerja demi keberlangsungan kehidupan kita Ilham, waktu yang ada bersama-samamu tidak mencukupi bagi Ibu.
Rasa baru semalam Ibu bersama dengan Ilham bermain ditaman, bergurau senda dan bermanja dengan Ilham. 24jam yang diberikan oleh Allah memang tidak mencukupi bagi Ibu untuk bersama-sama denganmu sayangku Ilham.
Namun Ibu harus balik dahulu ye Ilham.
Tapi, Ibu manusia biasa dan Ibu punya kerja yang memerlukan Ibu fokus kepada kerja dan juga pada masa yang sama padamu sayangku, Ilham.
Aku terharu bilamana mendengar sendiri cerita dari sahabatku ini.
Memang besar ujian yang didatangkan kepada Ita dan Farid ini.
Aku percaya setiap yang sabar akan beroleh sesuatu yang besar.
Kerana jalan yang dilalui tidak sama antara kita semua.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Korang yang sudah bergelar ibubapa dan mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah pasti melalui pengalaman mengambil anak-anak dari sekolah.
Dan pastinya korang mesti berpandangan dan berpendapat bahawa ambil sendiri lagi selamat dan menjimatkan.
Ada segelintir ibubapa menggunakan perkhidmatan van sekolah, ini kerana mungkin faktor kerja yang menyukarkan mereka untuk mengambil anak-anak mereka.
Aku rasa lebih selamat dan seronok untuk memastikan anak-anak kita berada di depan mata sendiri jika mengambil mereka tepat pada waktunya habis sekolah.
Namun, kekadang kita mesti pernah lewat antara 5minit atau 10 minit, dan yang menaiki van sekolah sudah pastinya melebihi dari 20 minit lambatnya untuk diambil.
Bagi anak-anak yang balik lewat ini, mereka akan melakukan pelbagai aktiviti dan yang paling seronok dilakukan adalah pergi ke kantin atau bookshop sekolah.
Ada yang berlari berkejar-kejaran antara geng-geng mereka.
Andai korang terlewat sudah pasti kelebihan untuk anak-anak korang, termasuklah anak-anak aku sendiri.
Maka peluang inilah yang akan digunakan, sebaik mungkin untuk membuat perkara tanpa dilarang.
Ada yang membalas dendam untuk membeli aiskrim, membeli minuman di kantin sambil duduk menunggu ketibaan ibubapa sendiri.
Agak terkejut juga untuk ibubapa, setibanya di sekolah untuk mengambil anaknya, melihat perubahan yang besar baik dari segi rupa dan paling teruk perubahan adalah baju yang dipakai.
Bukan setakat baju, ada yang seronok bilamana mereka bermain pijak-pijak kasut, "kau pijak kasut aku, pastu aku pulak kejar korang nak pijak balik kasut".
Bab baju, bab kasut itu memang wajiblah jika bertukar warna, kalau korang lewat mengambil heheee.
Tapi bagi aku, biarkan mereka bermain selagi masih berada di dalam kawasan sekolah dan ini semestilah tugas yang mencabar bagi pengawal keselamatan yang bertugas.
Baju atau kasut jika kotor boleh dihilangkan, asalkan anak-anak selamat berada didalam kawasan sekolah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.
Aku kelu seribu bahasa taktala aku nekad untuk bertemu dengan seorang sahabat lamaku.
Aku didorong oleh pujukkan isteriku untuk bertemu dan menziarahi sahabatku. Terima kasih wahai isteriku kerana sanggup menemani suamimu ini.
Aku telah berpakat dengan sahabat aku terlebih dahulu, hamzah untuk menziarahi dan melawat anaknya itu.
Tambahan pula, aku mendapat tahu anaknya menghidapi penyakit, hati ini semakin sayu, terlintas didalam fikiran "apakah aku ini kuat untuk berjumpa dan menziarahi sahabat aku ini"?.
Apa yang sayu dan hiba bagi aku ialah, ujian sebegitu berat yang sahabat aku hadapi ini sesuatu yang diluar jangkaan oleh akal dan fikiran manusia biasa.
Siapa yang tidak sayu dan hiba andai anak yang dijaga sihat sempurna, mulai dari lahir, hinggalah berumur 7 tahun lamanya.
Kita sebagai yang berpegang dan beriktikad sebagai seorang Islam, haruslah menerima segala ketentuan dan ketetapan dari Yang Maha Esa.
Menjaga anak yang menghidapi penyakit seperti ini bukanlah semudah yang disangka oleh mata dan fikiran yang singkat.
Anda bayangkanlah, anak yang sekecil itu menanggung kesakitan yang amat sangat tika segala jenis ubat-ubatan yang berkaitan dimasukkan kedalam tubuh badannya, bagi melawan penyakit itu dari terus merebak.
Berat mata memandang, berat lagi si anak yang menanggungnya. Demi anak, si abah perlu kuat, baik dari segi emosi, tingkah laku dan bermacam-macam karenah yang si abah perlu hadapi untuk memberikan semangat terhadap anaknya itu.
Namun aku percaya, apakah ada ibubapa yang sanggup melihat anak yang disayangi, di manjai dan dibelai, mempunyai dan menghidapi sakit sebegitu, jika boleh ditukar ganti, nescaya ibubapa pasti sanggup berbuat sedemikian demi melihat anak yang tersayang membesar dengan sihat walla'afiat hendaknya.
Sedangkan anak kita demam pun kita dah tidak keruan, makan pun kekadang terlepas, itu baharu demam yang biasa.
Inikan pula, anak sahabat aku ini telah di diagnosis menghidap sejenis penyakit kanser yang berkaitan dengan darah.
Kuasa Allah S.W.T. telah menemukan aku dengan sahabat ini setelah terpisah hampir 16 tahun, asbab anak sahabatku sakit.
Namun, jiwa ini sedikit meruntun kesedihan apabila mendengar cerita dari sahabatku ini.
Aku gagahkan juga menahan sebak didadaku, sebagai pendorong kekuatan semangat untuk sahabatku.
Anda fikirkan sejenak, perasaan anak yang begitu gembira dan seronok sekali bila segala persiapan persekolahan telah disediakan.
Keterujaan dan sifat riangnya untuk memasuki alam persekolahan, namun berlaku sebaliknya. Si anak telah bertukar perwatakannya.
Mana tidaknya, anak yang dahulunya ceria dan lasak, telah berubah menjadi lemah dan tidak bermaya.
Jika dahulu rambutnya penuh, namun sekarang sudah mulai keguguran sedikit demi sedikit, selepas menjalani proses chemotherapy.
Lagilah hatiku ini bertambah sayu bila kedua biji mataku melihatnya, terbaring di atas katil sedang lena sambil menahan kesakitan.
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya, kita punyai rancangan untuk anak-anak kita, namun sebaliknya Allah S.W.T. jugalah sebaik-baik perancang bagi mereka.
Aku cuma mampu memberikan kata-kata semangat dan penguat hati untuk sahabatku ini.
Andai ada diantara pembaca ingin menghulurkan apa jua jenis bentuk sumbangan, boleh terus menghubungi nombor yang dibawah:
Fared 012-6143409
Aku hanya menjalankan kewajipan untuk menziarahinya sahaja serta, tahu yang sahabatku ini seorang yang kuat dan tabah.
Panjatkan doa
Perbanyakkan zikir
Andai itu tanda
Yang Allah hadir
Harus ada redha.
Supaya terima takdir.
InsyaAllah ada sinar yang hadir.