Learning

ILHAM IBU SAYANG KAMU.

February 08, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sengaja aku titipkan dan coretkan kisah berkaitan dengan adik Ilham ini.


Tujuan aku hanyalah satu...

Doa dan harapan agar adik Ilham ini diberikan kekuatan dan kesembuhan kembali oleh yang Maha Penyembuh yakni Allah S.W.T.

Dalam kita terkadang sibuk dengan berbagai cerita dan berita yang dihidangkan, kali ini aku bawakan kisah bagaimana seorang wanita yang bergelar Ibu.


Ya... Ibu.  Kasih dan sayangnya terhadap anak tiada tolok tandingannya di dunia ini malahan di akhirat sana nanti.


Andai dia diberikan kuasa, serta kemampuan seorang Ibu tidak akan memberikan walau seekor nyamuk pun mengigit anak yang dikandungnya itu.


Itu nyamuk, inikan pula sakit yang amat berat ditanggung oleh anaknya. Ita, itu nama panggilan aku kepada seorang wanita bergelar Ibu yang anakknya menghidapi sakit kanser berkaitan darah yang pernah aku coretkan dahulu.


Ita adalah sahabat sekolah lamaku suatu waktu dahulu, namun Allah menemukan kembali aku dengan Ita ini, namun cara dan sebab untuk bertemu memang berbeza sama sekali. 


Ita dan Farid bersama Ilham.

Anak yang membesar didepan mata, malah tempat bergaduh, bermain dan bermanja secara tiba-tiba jatuh sakit.

Menurut Ita, sakit Ilham bermula dengan dibahagian perutnya membengkak secara tiba tiba di bahagian kanan terus membawa ke pusat, membuatkan si Ibu tak senang duduk.

Ibu jatuh dan jatuh lagi Ilham, namun Ibu bangun semula demi kerana kasih sayang Ibu buat kamu.

Ilham boleh berlari-lari , seronok dan tenang duduk di kampung berbanding hutan konkrit, sesekali tidurnya berpeluk bantal bagi menyembunyikan rasa sakit itu.
Dalam perjalanan..

Dan kali ini juga Ibu diuji dengan ujian yang berat Ilham, ibu jatuh kali ini dengan teruk sekali, namun Ibu percaya Ilham kuat dan tabah demi melihat senyuman diraut wajah Ibu.


Ujian Ibu baru bermula bersama kamu Ilham, detik yang boleh membuatkan Ibu jatuh pengsan dan memungkinkan Ibu hilang akal dan fikiran, detik dimana apabila perkhabaran yang dibawakan oleh seorang doktor pakar disitu. 


Doktor Teh adalah pakar bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan segala jenis kanser. Doktor Teh menarik Abah kamu Ilham dan Ibu sekali keluar dari Wad KK4, dan memberitahu yang Ilham mempunyai kanser B-Cell LYMPHOMA.



Peneman buat melupakan kesakitan Ilham.

Ilham, Ibu rasa dunia hilang dari pandangan mata Ibu ini, jiwa terasa kosong bagai disentap roh keluar dari jasad. Memang benar kali ini Ibu diberikan ujian oleh Allah S.W.T sebesar-besarnya ujian.


Ketahuilah anakku Ilham, mujur Ibu ada Abah disisi, menemani dan memberikan kata-kata perangsang.



"Bertabahlah anakku Ilham, ibu sayang kamu"

Allah memberikan ujian ini kepada hamba-Nya dan salah seorangnya adalah ibu Ilham sendiri.


Ibu sayang Ilham, tapi kenapa Ibu perlu menghapadi semua ini, Ibu tidak kuat Ilham, malah tempat kerja Ibu pun agak jauh di sempadan Selangor dan Pahang, hati Ibu tidak tenteram andai Ibu berjauhan dari sisimu Ilham.


Senyuman buat Ibu..

Ilham harus kuat sepertimana kuatnya abah dalam memberikan kata-kata semangat untuk Ibu. Abah berpesan dan memberi nasihat buat Ibu Ilham.

"Ujian ini dari Allah, untuk menunjukkan betapa Allah sayang kat kita Ibu, dan bukannya dari manusia, Ibu kena kuat."

Benar seperti yang aku pernah tulis dahulu, dalam ujian yang amat besar ini, Ita diberikan bungkusan-bungkusan hadiah kecil dalam perhubungan dengan anak-anaknya.


Hubungan semakin akrab, malahan dapat meluangkan waktu yang lebih baik dengan anak mahupun dengan suaminya.



Waktu Ibu bersama-sama keluarga ibu.


Ibu kerja jauh Ilham dan Ibu harus kerja demi keberlangsungan kehidupan kita Ilham, waktu yang ada bersama-samamu tidak mencukupi bagi Ibu.


Rasa baru semalam Ibu bersama dengan Ilham bermain ditaman, bergurau senda dan bermanja dengan Ilham. 24jam yang diberikan oleh Allah memang tidak mencukupi bagi Ibu untuk bersama-sama denganmu sayangku Ilham.

Namun Ibu harus balik dahulu ye Ilham.


"Sedih Ibu lihat kamu Ilham"

Tapi, Ibu manusia biasa dan Ibu punya kerja yang memerlukan Ibu fokus kepada kerja dan juga pada masa yang sama padamu sayangku, Ilham.

Aku terharu bilamana mendengar sendiri cerita dari sahabatku ini.

Memang besar ujian yang didatangkan kepada Ita dan Farid ini.
Aku percaya setiap yang sabar akan beroleh sesuatu yang besar.
Kerana jalan yang dilalui tidak sama antara kita semua.




Learning

RAGAM SI ANAK JIKA IBUBAPA ATAU VAN SEKOLAH LAMBAT

February 06, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Korang yang sudah bergelar ibubapa dan mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah pasti melalui pengalaman mengambil anak-anak dari sekolah.

Dan pastinya korang mesti berpandangan dan berpendapat bahawa ambil sendiri lagi selamat dan menjimatkan.

Ada segelintir ibubapa menggunakan perkhidmatan van sekolah, ini kerana mungkin faktor kerja yang menyukarkan mereka untuk mengambil anak-anak mereka.

Aku rasa lebih selamat dan seronok untuk memastikan anak-anak kita berada di depan mata sendiri jika mengambil mereka tepat pada waktunya habis sekolah.

Namun, kekadang kita mesti pernah lewat antara 5minit atau 10 minit, dan yang menaiki van sekolah sudah pastinya melebihi dari 20 minit lambatnya untuk diambil.

Bagi anak-anak yang balik lewat ini, mereka akan melakukan pelbagai aktiviti dan yang paling seronok dilakukan adalah pergi ke kantin atau bookshop sekolah.


Makan aiskrim la dulu heheee.


Ada yang berlari berkejar-kejaran antara geng-geng mereka.

Andai korang terlewat sudah pasti kelebihan untuk anak-anak korang, termasuklah anak-anak aku sendiri.

Maka peluang inilah yang akan digunakan, sebaik mungkin untuk membuat perkara tanpa dilarang.


Ok...jom makan kek dulu tau..

Ada yang membalas dendam untuk membeli aiskrim, membeli minuman di kantin sambil duduk menunggu ketibaan ibubapa sendiri.


Tunggu elok-elok..

Agak terkejut juga untuk ibubapa, setibanya di sekolah untuk mengambil anaknya, melihat perubahan yang besar baik dari segi rupa dan paling teruk perubahan adalah baju yang dipakai.

Bukan setakat baju, ada yang seronok bilamana mereka bermain pijak-pijak kasut, "kau pijak kasut aku, pastu aku pulak kejar korang nak pijak balik kasut".


Dah penat..apalagi..aiskrim time jugak la...

Bab baju, bab kasut itu memang wajiblah jika bertukar warna, kalau korang lewat mengambil heheee.

Tapi bagi aku, biarkan mereka bermain selagi masih berada di dalam kawasan sekolah dan ini semestilah tugas yang mencabar bagi pengawal keselamatan yang bertugas.


'Jangan keluar kalau tidak....'

Baju atau kasut jika kotor boleh dihilangkan, asalkan anak-anak selamat berada didalam kawasan sekolah.


Sedap wooo....

Apa-apa pun janji anak bergembira..
Jangan pulak terlupa kita pun sama jugak dulu, kekadang aku rasa lagi teruk dari anak-anak korang punya baju dan kasut lepas habis sekolah.


Learning

SMK SRI KURAU BERSATU 96-2000.

January 29, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SMK Sri Kurau 96-2000, pelikkan kenapa tajuk aku macam itu, pasti timbul persoalan didalam fikiran korang yee.



Itulah rupanya logo Sekolah aku...

Itulah sekolah yang aku pernah belajar satu ketika dahulu, perrrh mengamit kenangan andai melalui pintu pagar Sek tersebut..

Namun bukan itu yang aku ingin berkongsi cerita, tetapi berkenaan hal laman media sosial ini.

Laman media sosial yang aku ingin berkongsi cerita adalah  group whatsapp.

Apa-apa pun aku berterima kasih kepada kawan aku yang berjaya menubuhkan group whatsapp ini.

Tujuannya hanyalah satu, untuk menghubungkan dan mengeratkan kembali tali persahabatan antara rakan sekolah, yang telah terpisah sejak semuanya melangkah keluar dari alam persekolahan.

Memang susah untuk menjadi pentadbir group ini, ialah masing-masing sudah ada kehidupan sendiri, mana nak bahagi masa dengan group lagi, FB lagi namun harus ingat, keluarga dan anak-anak harus diutamakan.

Namun kekentalan jiwa dan fikiran harus tinggi bagi mengukuhkan silaturrahim antara kengkawan sekolah dahulu.



Idak lerr ramai mana...


Bagi aku, ini adalah salah satu lapangan untuk terus kekal berhubung antara rakan-rakan yang telah pun terpisah.

Macam aku, lepas sahaja SPM pada tahun 2000 aku terus keluar dari kampung aku, dan dek kerna itulah aku terus terputus hubungan dengan ramai kawan-kawanku, mujur salah seorang kenalan FB aku telah mencipta kumpulan ini untuk terus kekal berhubung.



Sedikit pebualan...


Sungguh, ada yang tidak pernah berjumpa dan berborak sudah hampir 13 tahun dan langsung ghaib selepas tamat  zaman sekolah dahulu.

Ada pahit, dan ada manis bilamana kita berada didalam sesebuah group whatsapp ini, dengan bermacam karenah, baik dari segi perbualan mahupun gambar yang dihantar.

Cuma bagi aku, batas dan adab dalam perbualan harus dititik beratkan, kerana aku tahu didalam sesebuah group whatsapp ini mempunyai lelaki dan perempuan.

Maka harus pandai mengawal emosi bila kita berbual didalam itu.

Jangan hanya pentingkan diri atau jangan mengamalkan sikap pilih bulu untuk berbual dan berbicara sesama rakan didalam group tersebut.

Ada yang merapu kita layankan sahaja, ini bagi membangkitkan suasana didalam group agar tidak sunyi tau.




Kalau diam baik jangan ada group...hahahaa



 Andai ada berita sedih atau berita gembira pasti akan dikongsi bersama dengan rakan didalam group ini.

Group inilah yang membina semula tali persahabatan antara rakan-rakan kita.

Pandai jaga hati dan perasaan sesama insan
Nescaya akn ada insan yang menjaga hati dan perasaan kita.

Mahu jadi pentadbir group, teliga mau pekak, hati mau kental dan jangan mudah nak sentap bagai tau.

 **p/s  Andai ada pembaca dari Sekolah yang sama namun tiada dalam group ini mohon untuk menghubungi sahabat kita.  Saudara  Kamarul Izwan di FB beliau untuk lelaki dan untuk perempuan bolehlah mencari Kuah Durian di FB beliau.

Learning

HEROIN YANG TIDAK DIDENDANG

January 14, 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat korang yang sudi membaca tulisan aku yang tidak seberapa ini dan terima kasih.

Sering kali kita dengarkan orang dok canangkan hero sahaja.

Nah, untuk kali ini aku tampilkan sedikit perbezaan, superherion tau.

Mungkin pada sesetengah orang, untuk menunjukkan kasih sayang terhadap makhluk selain daripada manusia ini berbeza-beza dalam berbagai cara.

Penyebab aku menulis cerita ini adalah bilamana aku melalui lorong dibelakang deretan kedai di Petaling Jaya iaitu di Seksyen 52.

Aku dengan tidak semena-mena terpandang, seseorang memberikan makanan kepada kucing-kucing yang berkeliaran ini.


Inilah wajahnya...

Mungkin takdir untuk aku, apabila dipertemukan dengan seorang wanita yang begitu sayang terhadap haiwan yang dari jenis kucing tau.

Aku mengamati dan mendekati wanita ini yang ku panggil "Auntie" selayaknya dia dipanggil begitu fikir aku barangkali.


Makanan sudah sampai.


Apa yang membuatkan aku begitu tertarik dengan auntie ini, kerana dia memberikan makan kepada kucing-kucing jalanan dan yang terbiar.

Tanpa mengira pegangan agama, Auntie ini masih menunjukkan sikap yang patut dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat kita.

Ini tidak, jumpa sahaja kucing jalanan, maka ada yang sanggup membuat aksi terlarang, dan ada juga jenis masyarakat berjiran dengan pengemar kucing ini membuat onar serta melakukan perbuatan terkutuk.

Insaf-insaflah ye tau, pada siapa pun yang melakukan perbuatan sedemikian.

Auntie ini siap cakap kat aku
"Saya aa, kesian sama ini kucing, sapa mau kasi makan sama dia olang"
Terkesan aku beb, mendengar kata-kata sebegitu terlontar keluar dari mulut seorang yang bukan beragama Islam.

Bertambah hormat aku pada auntie ini, bila dia menggunakan makanan kucing dari jenis yang agak mahal untuk diberikan kepada kucing-kucing tersebut.


Ehem...siap sudu lagi beb...Prodiet la...
Ada jenis wet dan pallet lagi


Aku terpandang cara auntie ini memberikan makan kepada kucing-kucing ini berlapikkan pinggan kertas.



Siap pinggan kertas lagi tau...

Korang kalau nak tahu, auntie ini mengeluarkan modal sendiri untuk membeli makanan kucing-kucing ini.

Aku bertanya kepada beliau
"Berapa kali sehari Auntie kasi makan sama itu kucing?"
"Sehari sekali I kasi makan sama diorang maa"
Alamak.... bertambah hormat aku kepada auntie ini.

Layakkah aku memanggil auntie ini sebagai 
HEROIN YANG TIDAK DIDENDANG ataupun Superheroin

Paling terkesan dihatiku ini bila Auntie ini menawarkan supaya aku membela kucing yang memang cantik ini ooo...


Ekor kembang, mata oren la...tapi
 "malu-malu kucing"


Korang jangan terkejut, auntie tu siap beritahu aku, itu kucing dia suka menyorok namun manja dengan Auntie sahaja..hahaaa.



Sombong tau!!!..heheheee


Siap nak bawa pergi klinik haiwan lagi, tujuan bagi mendapatkan suntikan ubat, kerana si kucing ini mempunyai kutu dan luka-luka kecil. Namun si kucing, seringkali melarikan diri dan Auntie sudah tidak berapa kuat hendak kejar dan tangkap.


Auntie ini siap bagi nama lagi. Embang nama diberikan kepada kucing ini.
Sebab ekornya kembang tau. Buangkan huruf K maka jadilah nama Embang.


Selesai misi Auntie hari ini memberi makan.


Kalau auntie ini boleh buat.
Mengapa kita tidak boleh lakukan perubahan.

Mengapa kita tidak menunjukkan sikap belas kasihan kita terhadap haiwan ini??




Like us on Facebook