KASIH ABAH UNTUK MOHD ILHAM.

February 04, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.

Aku kelu seribu bahasa taktala aku nekad untuk bertemu dengan seorang sahabat lamaku.


Aku didorong oleh pujukkan isteriku untuk bertemu dan menziarahi sahabatku. Terima kasih wahai isteriku kerana sanggup menemani suamimu ini.


Aku telah berpakat dengan sahabat aku terlebih dahulu, hamzah untuk menziarahi dan melawat anaknya itu.


Tambahan pula, aku mendapat tahu anaknya menghidapi penyakit, hati ini semakin sayu, terlintas didalam fikiran "apakah aku ini kuat untuk berjumpa dan menziarahi sahabat aku ini"?.



Fared dan isterinya Ita.

Apa yang sayu dan hiba bagi aku ialah, ujian sebegitu berat yang sahabat aku hadapi ini sesuatu yang diluar jangkaan oleh akal dan fikiran manusia biasa.


Hamzah yang bersamaku melawat

Siapa yang tidak sayu dan hiba andai anak yang dijaga sihat sempurna, mulai dari lahir, hinggalah berumur 7 tahun lamanya.

Kita sebagai yang berpegang dan beriktikad sebagai seorang Islam, haruslah menerima segala ketentuan dan ketetapan dari Yang Maha Esa.



Cuba berborak seperti biasa.

Aku melihat sahabat aku ini nampak seronok bilamana ada sahabat lama yang datang menziarahinya serta anaknya, secara tidak langsung ini memberikan kekuatan sedikit dan melupakan seketika apa yang ditanggungnya.

Hati siapa yang dapat menahan rasa sedih, hiba dan pilu bilamana doktor memberitahu serta mengesahkan penyakit yang dihidapi oleh si anak. Hanya seteguh keimanan dapat menempuh ujian yang seberat ini.

Menjaga anak yang menghidapi penyakit seperti ini bukanlah semudah yang disangka oleh mata dan fikiran yang singkat.

Anda bayangkanlah, anak yang sekecil itu menanggung kesakitan yang amat sangat tika segala jenis ubat-ubatan yang berkaitan dimasukkan kedalam tubuh badannya, bagi melawan penyakit itu dari terus merebak.

Berat mata memandang, berat lagi si anak yang menanggungnya. Demi anak, si abah perlu kuat, baik dari segi emosi, tingkah laku dan bermacam-macam karenah yang si abah perlu hadapi untuk memberikan semangat terhadap anaknya itu.

Namun aku percaya, apakah ada ibubapa yang sanggup melihat anak yang disayangi, di manjai dan dibelai,  mempunyai dan menghidapi sakit sebegitu, jika boleh ditukar ganti, nescaya ibubapa pasti sanggup berbuat sedemikian demi melihat anak yang tersayang membesar dengan sihat walla'afiat hendaknya.


Sedangkan anak kita demam pun kita dah tidak keruan, makan pun kekadang terlepas, itu baharu demam yang biasa.


Inikan pula, anak sahabat aku ini telah di diagnosis menghidap sejenis penyakit kanser yang berkaitan dengan darah.



Mesej yang meruntun sanubariku



Diwad inilah anaknya ditempatkan.

Kuasa Allah S.W.T. telah menemukan aku dengan sahabat ini setelah terpisah hampir 16 tahun, asbab anak sahabatku sakit.


Namun, jiwa ini sedikit meruntun kesedihan apabila mendengar cerita dari sahabatku ini.


Aku gagahkan juga menahan sebak didadaku, sebagai pendorong kekuatan semangat untuk sahabatku.


Anda fikirkan sejenak, perasaan anak yang begitu gembira dan seronok sekali bila segala persiapan persekolahan telah disediakan. 

Keterujaan dan sifat riangnya untuk memasuki alam persekolahan, namun berlaku sebaliknya. Si anak telah bertukar perwatakannya. 

Mana tidaknya, anak yang dahulunya ceria dan lasak, telah berubah menjadi lemah dan tidak bermaya.

Jika dahulu rambutnya penuh, namun sekarang sudah mulai keguguran sedikit demi sedikit, selepas menjalani proses chemotherapy.

Lagilah hatiku ini bertambah sayu bila kedua biji mataku melihatnya, terbaring di atas katil sedang lena sambil menahan kesakitan.


Gambar dikala hari orentasi darjah 1.

Rambutnya mulai keguguran.
                                         

Kuasa Allah mengatasi segala-galanya, kita punyai rancangan untuk anak-anak kita, namun sebaliknya Allah S.W.T. jugalah sebaik-baik perancang bagi mereka.

Aku cuma mampu memberikan kata-kata semangat dan penguat hati untuk sahabatku ini.


Apa yang termampu aku lakukan hanyalah doa dan harapan agar anaknya diberikan kekuatan untuk melawan penyakit yang ditanggungnya serta Allah memberikan kembali kesihatan kepadanya.

Andai ada diantara pembaca ingin menghulurkan apa jua jenis bentuk sumbangan, boleh terus menghubungi nombor yang dibawah:


                                       Fared   012-6143409


Bertabah dan bersabar sahabatku fared.

Aku hanya menjalankan kewajipan untuk menziarahinya sahaja serta, tahu yang sahabatku ini seorang yang kuat dan tabah.

Panjatkan doa
Perbanyakkan zikir
Andai itu tanda
Yang Allah hadir
Harus ada redha.
Supaya terima takdir.
InsyaAllah ada sinar yang hadir.

You Might Also Like

2 comments

  1. ujian setiap insan itu berbeza, moga beliau dan isteri tabah dan kuat mengharungi semua ujian ini dan segala urusan beliau dan anak tersayang dipermudahkan Allah ...aaminn

    ReplyDelete

Sambunglah taip pulak.....

Like us on Facebook