NAMA PANGGILAN PELIK

January 13, 2017

Assalamualaikum....


Errmmm...nama panggilan pelik?? Dah kenapa? Iya..kalau korang baca sampai habis korang akan tahu dan mungkin akan tergelak dan terfikir sejenak. 

Keluarga aku dari yang sulung sehingga ke bongsu semuanya bermula dengan huruf R.

Tapi yang aku pelik ngapa la arwah ayah aku dulu time-time nak letakkan nama anak dia semua harus bermula dengan hurf R.

Masa kecil aku tidak menghiraukan sangat, namun dah tua bangka ni, baru nak ambil tahu. Mungkin mengambil nama Rahmah dari mak aku kot.

Sudahlah nama pun semuanya R, dan aku masih ingat ketika di sekolah, tak mau barang kena ambil, aku tuliskan singkatan, RBA. Punya la tak mau hilang, tapi akhirnya hilang juaga, mana tak hilangnya, 'kakak dan abang cakap benda tu pun depa punya'

Kami seramai 13 orang dan nama panggilan dari anak buah pun dah pelik, dan memang kami pun kekadang gelak, ketawa dengar anak buah dok panggil.



Gambar ini sahajalah yang ada didalam simpanan aku.
Menjadi memori terindah bila dapat berkumpul macam ni.


Jadi macam ini susun atur nama-nama adik-beradikku:

  • Romizah binti Ahmad( sulung). Kami adik-adiknya panggil kak, tapi bila dah jadi mak saudara anak buah panggil Mak Long, namun telah dipanggil terlebih dahulu oleh Allah S.W.T. pada 8 tahun lepas.
  • Rohisham bin Ahmad (no 2 ). Lelaki yang pertama untuk arwah ayahku, dan kami memanggil Abang, secara sah bila dah berubah pangkat anak buah panggil Pak Ngah.
  • Rosrita binti Ahmad (no 3 ). Kakakku yang ini dah dijemput Illahi, kira-kira 18 tahun lamanya. Nama yang kami panggil Kak Odah, pelik? asal nama sedap, bila panggilan jadi lain. Dan anak buah memanggil Mak Lang.
  • Rafidah binti Ahmad (no 4). Yang kakakku inilah yang menjadi kakak sulung bagi keluarga kami, dan panggilan diberikan Mak Jang oleh anak buah. Kami panggil Kak Pidah.
  • Rosmayati binti Ahmad.( no 5 ). Kak Ti nama timangan oleh kami, dah jadi mak saudara pula, anak buah panggil Mak Andak.
  • Rosnida binti Ahmad. (no 6 ). Yang kakakku ini lagi best, Kak Yus nama manja dipanggil oleh kami. Anak buah pulak memanggil Mak Teh.
  • Rozny Umi Khalthom binti Ahmad ( no 7). Kakakku ni, nama punyalah panjang dalam kami adik beradik, namun panggilan hanya Kak Umi. Yang paling terkesan bila anak buah memanggil Mak Tam. 
  • Rozaimi bin Ahmad ( no 8 ). Timbul pulak anak lelaki waris kedua untuk arwah ayahku, paling manja nama diberi kepadanya iaitu Bangcik, jadi pak saudara anak buah panggil pulak Pak Uda.
  • Razlan bin Ahmad ( no 9 ). Yang nombor istimewa ini dipanggil Lan sahaja, waris ketiga bagi arwah ayahku, masa dapat anak buah dah jadi Pakcik.
  • Raizuddin bin Ahmad ( no 10). Adam nama timangan dalam keluarga kami, diberikan oleh Bidan yang menyambut dia dahulu, serta waris pelengkap empat penjuru alam hahaa. Tambah janggal sebab anak buah panggil Pak Su.
  • Rohaizan binti Ahmad ( no 11 ). Kalau nama dalam keluarga dipanggil Cik Yong hehee...pelik bertambah pelik, korang bayangkan anak buah memanggil Mak Yong, dah dia Mak Yong si suami pulak tentu-tentu menjadi Pak Yong,heheee.
  • Rosrina binti Ahmad ( no 12 ). Dah ada Adam timbullah Hawa pula nama panggilan diberi juga oleh Bidan yang sambut dia dulu. Masin pulak mulutnya,"nanti ada anak lagi perempuan panggil Hawa tau". Dah jadi mak saudara ni, anak buah panggil dia Mak Wa, dan agak menarik serta ada pelik disini, bila sang suami dipanggil Pak Wa..heheheee.
  • Raihan binti Ahmad ( no 13 ) Yang paling bongsu dari kami diberikan nama panggilan Adik. Anak buah pulak memanggil Mak Uda Nanti bila dah berkahwin akan bertambah pelik panggilan anak buah kepada suaminya dan Pak Uda la jawapannya..huhuuu.

Korang boleh bayangkan, sampai nama panggilan dari anak buah pun habis licin kena tapau.

Namun, nama hanya nama tanpa ada rasa hormat-menghormati antara anak buah dan Pak dan Mak saudara pun tak akan berguna tau.

Yang penting anak buah kenal akan Pak dan Mak saudara mereka, jangan kita sampai tidak kenal siapa Pak dan Mak Saudara kita tau.

You Might Also Like

3 comments

  1. ok gak la tu. Kalau panggil Lobo, kena kat isteri kena panggil Lobos ...acaner tu? hahahaha

    ReplyDelete
  2. Kalau lelaki lobo...perempuan pobo

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sambunglah taip pulak.....

Like us on Facebook