Learning

SMK SRI KURAU BERSATU 96-2000.

January 29, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SMK Sri Kurau 96-2000, pelikkan kenapa tajuk aku macam itu, pasti timbul persoalan didalam fikiran korang yee.



Itulah rupanya logo Sekolah aku...

Itulah sekolah yang aku pernah belajar satu ketika dahulu, perrrh mengamit kenangan andai melalui pintu pagar Sek tersebut..

Namun bukan itu yang aku ingin berkongsi cerita, tetapi berkenaan hal laman media sosial ini.

Laman media sosial yang aku ingin berkongsi cerita adalah  group whatsapp.

Apa-apa pun aku berterima kasih kepada kawan aku yang berjaya menubuhkan group whatsapp ini.

Tujuannya hanyalah satu, untuk menghubungkan dan mengeratkan kembali tali persahabatan antara rakan sekolah, yang telah terpisah sejak semuanya melangkah keluar dari alam persekolahan.

Memang susah untuk menjadi pentadbir group ini, ialah masing-masing sudah ada kehidupan sendiri, mana nak bahagi masa dengan group lagi, FB lagi namun harus ingat, keluarga dan anak-anak harus diutamakan.

Namun kekentalan jiwa dan fikiran harus tinggi bagi mengukuhkan silaturrahim antara kengkawan sekolah dahulu.



Idak lerr ramai mana...


Bagi aku, ini adalah salah satu lapangan untuk terus kekal berhubung antara rakan-rakan yang telah pun terpisah.

Macam aku, lepas sahaja SPM pada tahun 2000 aku terus keluar dari kampung aku, dan dek kerna itulah aku terus terputus hubungan dengan ramai kawan-kawanku, mujur salah seorang kenalan FB aku telah mencipta kumpulan ini untuk terus kekal berhubung.



Sedikit pebualan...


Sungguh, ada yang tidak pernah berjumpa dan berborak sudah hampir 13 tahun dan langsung ghaib selepas tamat  zaman sekolah dahulu.

Ada pahit, dan ada manis bilamana kita berada didalam sesebuah group whatsapp ini, dengan bermacam karenah, baik dari segi perbualan mahupun gambar yang dihantar.

Cuma bagi aku, batas dan adab dalam perbualan harus dititik beratkan, kerana aku tahu didalam sesebuah group whatsapp ini mempunyai lelaki dan perempuan.

Maka harus pandai mengawal emosi bila kita berbual didalam itu.

Jangan hanya pentingkan diri atau jangan mengamalkan sikap pilih bulu untuk berbual dan berbicara sesama rakan didalam group tersebut.

Ada yang merapu kita layankan sahaja, ini bagi membangkitkan suasana didalam group agar tidak sunyi tau.




Kalau diam baik jangan ada group...hahahaa



 Andai ada berita sedih atau berita gembira pasti akan dikongsi bersama dengan rakan didalam group ini.

Group inilah yang membina semula tali persahabatan antara rakan-rakan kita.

Pandai jaga hati dan perasaan sesama insan
Nescaya akn ada insan yang menjaga hati dan perasaan kita.

Mahu jadi pentadbir group, teliga mau pekak, hati mau kental dan jangan mudah nak sentap bagai tau.

 **p/s  Andai ada pembaca dari Sekolah yang sama namun tiada dalam group ini mohon untuk menghubungi sahabat kita.  Saudara  Kamarul Izwan di FB beliau untuk lelaki dan untuk perempuan bolehlah mencari Kuah Durian di FB beliau.

Tips

DEGIL SUNGGUH.

January 27, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ahad minggu lepas aku dan keluarga aku telah kembali untuk beraksi di tapak jualan yang aku gemari setelah agak lama menyepikan diri dalam beraksi.

Degil sungguh isteri dan anak-anak aku untuk ikut serta bersama dengan aku beraksi di CarBootSale( CBS ) di Kota Damansara.

Rindu katanya nak merasai suasana yang pernah dirasai mereka dahulu.

Nah hambik hang pa semuanya..
Dapat tempat yang bukan seperti dahulu.

Aku sampai di tapak jualan ini seawal jam 0630H pada hari Ahad, namun alangkah terperanjat jugaklah.. hampir penuh dengan peniaga walaupun masih belum ada sinaran matahari menjengah keluar.

Dalam hati, hurrmmmm panas la...




Rindu punya pasal...nanti dapatlah habuan tau.


Namun rezeki Allah mengatasi segala-galanya.

Setelah siap menyusun barang untuk diniagakan sudah ada pelanggan yang datang untuk melihat-lihat barang niaga.



Keadaan masih gelap lagi namun ada yang singgah.


Begitulah pelanggan atau peminat dan collecter barang yang tertentu. Mereka akan menyerang terlebih dahulu agar mendapat apa yang mereka hajati untuk dimiliki.



Seluas mata nak mencari barang tertentu.

Jam seawal 0645H sudah ada barang yang bertukar tangan dan yang penting kedua-dua belah pihak berpuas hati.


Apa-apa pun, pengunjung dari segenap lapisan masyarakat dan negara tidak putus-putus datang untuk memiliki barang keperluan dan juga yang mengumpul jenis barang yang diidamkan.


                                       Menunggu Matahari ke tu....



Biarpun degil sungguh, aku tahu kepuasan dihati isteri dan anak-anak aku tergambar kerana tidak seorang pun antara mereka tidur.

Anak-anaku agak teruja bila hendak berniaga dikawasan ini, yelah banyak tempat dan barang yang mampu dimiliki oleh sesiapa pun.

Panas pun tidak mengapa andai rasa kepuasan itu dapat dicapai.



Saya tengok-tengok dulu.



Panas sekejap sahaja..jap lagi kita pergi membeli ye kakak.



Pelanggan pertama


Saya jual ye bang...terima kasih


Mari-mari kepada peminat kereta Hot Wheels


Rambang woowwww...


Antara barang yang agak Rare


Upah lerr..apa lagi.



Namun aku tetap bersyukur kehadrat Allah S.W.T diatas limpah kurnian dan rezeki yang telah diberikan.

Kerana sikap degil merekalah aku rasa bahagia dan seronok untuk berniaga.

Yang penting kita seronok.




Life style

MEMANG BENAR TAHAN LAMA ANDAI DIJAHIT.!!!

January 19, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian.

Dah kenapa dengan tajuk macam lain saja. Jangan marah, jangan mencemuh dahulu.

Kalau ada diantara korang yang pernah membaca berkenaan entry aku yang bertajuk  BERKESAN ATAU TIDAK KASUT YANG DIJAHIT. 

Aku pasti korang akan menilai sendiri tahap keberkesanan bilamana kasut dijahit dengan kasut yang tidak dijahit.

Kalau peminat bundle ni, aku nasihatkan korang agar menjahit kasut yang korang beli dari kedai atau penjual kasut bundle. 

Ini memang wajar dilakukan demi menjamin mutu ketahanan kasut yang korang beli itu.

Al-kisahnya...aku tidak pernah bercerita pun tentang kasut yang aku beli ini dari sebuah kedai bundle di Melaka. Kalau korang nak tahu, aku sertakan  link cerita berkenaannya. Disini penceritaannya lebih lanjut  www.hanimhashim.com.

Masa aku nak pakai, barulah aku perasan sesuatu yang agak ganjil telah berlaku kepada kasut aku.



Nampak chanteekk....


Aku meneliti rupa-rupanya, bercerai jua badan dan nyawa kasutku itu, kalau nak ikutkan hati yang panas, ke tong sampah jua kasut itu akan mendarat.

Lantas terfikir di kotak fikiran aku,"kalaulah kasut ini aku hantar ke klinik kasut dah tentu-tentu perkara ini tidak akan terjadi."


Kiri dan kanan nampak perlu ke klinik kasut.


Jadi, memang tepatlah sangkaan aku selama ini, kasut yang berjahit memang benar tahan lama untuk dipakai.

Demi menyelamatkan jangka hayat kasut aku itu, aku pun tidak teragak-agak akan menghantar ke klinik kasut untuk bertemu dengan Doktor Kasut yang pernah aku ceritakan dahulu.

Tambahan pulak musim yang tidak menentu sekarang, sekejap hujan, sekejap panas, akan mengurangkan daya ketahanan kasut yang tidak berjahit ini, mungkin sekejap sahaja berjodoh dengan korang.

Mana tidaknya, dah diredahi hujan, habis basah kasut, malah selepas basah, berpanas pula. 

Lagi mempercepatkan proses penceraian antara badan dan nyawa kasut yang korang pakai dan disebabkan itu, mana tidaknya gam pun tidak kuat lagi tau.




Beginilah andai kasut tidak berjahit.



Nah....dah nak tercabut tapaknya.



Jalan-jalan nanti tercabut beb tapaknya, 
malu dapat, sakit pun dapat.



Walaupun nilai wang ringgit yang dibelanjakan untuk membeli sepasang kasut, baik yang keluar dari butik atau yang keluar dari kedai bundle bukan menjadi alasan untuk kasut yang dibeli itu tidak perlu untuk dihantar ke klinik kasut.

Namun ianya agak berbaloi kalau dijahit. Aku pasti korang pun akan membuat langkah yang sama dengan aku juga. 

Tambahan pula di zaman sekarang, kena beringat sebelum keringat menjadi keramat.







Life style

BERKESAN ATAU TIDAK KASUT YANG DIJAHIT.

January 16, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Kasut yang telah dijahit ni, kuat ke, tahan ke, ataupun setakat boleh tahan saja.

Kalau korang yang mana satu menjadi pilihan?
Aku pastinya akan memilih kasut yang telah dijahit ataupun aku akan hantar ke klinik kasut untuk dijahit.

Bagi aku, kasut yang berjahit lebih tahan daripada kasut yang tidak berjahit.

Korang pun kalau beli kasut yang agak mahal kadang-kadang pun tidak berjahit yee. Pada pandangan aku saja, jangan marah ok.

Tambahan pulak bagi aku yang gemar atau layak digelar sebagai peminat tegar barang-barang bundle ni, maka pilihan untuk menjamin lagi ketahanan kasut yang aku beli tu,  aku pun mendapatkan khidmat menjahit kasut la apalagi.

Aku telah pun ceritakan berkenaan kasut ini di dalaam post aku 
BUNDLE KASUT BERJENAMA

Mungkin ada antara korang akan terfikir, "Apakah berbaloi kasut yang digunakan dihantar jahit ataupun dibaiki dan berkesan atau tidak kasut yang dijahit ini".

Benda kalau dah sayang sanggup untuk berbuat apa sahaja, inikan pula barang yang agak susah untuk ditemukan, dan mungkin kasut itu sangat selesa ketika korang memakainya.

Beruntung bagi sesiapa yang berada di sekitar Petaling Jaya ini. Kerana di sini terdapat banyak pilihan tukang baiki kasut, atau digelar sebagai "Doktor Kasut".

Salah satu tempatnya yang berdekatan dengan aku semasa kejadian itu adalah di Seksyen 8 Petaling Jaya,  tempat yang berhampiran dengan gerai makanan.


Tempat yang agak strategik la...

Maka dengan rasa seronoknya, aku pun membawa kasut yang aku beli pada tempoh hari untuk di berikan nafas yang baru.


Baiki tau bro..

Abang atau doktor kasut ini menjadi pilihan hatiku, dia ada menegur berkenaan kasut yang aku bawakan itu," abang kasut ini lain tau".

"Dah kenapa pulak aku hanya bertanyakan soalan itu dalam hatiku".

Setelah di selidiki sama ada untuk di jahit atau hanya tampalan gam, maka aku pun memilih agar kasut aku itu di jahit untuk menambahkan lagi kekuata kasut aku itu apabila memakainya kelak.

Proses membuat longkang di tepi untuk 
jahitan agar lebih kemas dan tahan lama.

Dalam aku asyik dok melihat apa yang dilakukan kepada kasut aku itu, sempat jugak aku berborak dengan abang itu.

Korang kalau nak tahu, abang ni menetap di Setapak, mencari rezeki di Petaling Jaya, apa-apa pun rezeki ada dimana-mana, janji halal.

Proses jahitan sedang berlangsung.


Kelengkapan berperang heheee.

Abang ini mendapatkan spare part untuk menjahit kasut dan membuat kerja-kerja pembaikan yang berkaitan dengan kasut dikawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Memang disitulah tempatnya bagi doktor-doktor kasut ini mendapatkan spare part untuk berniaga.


Kakak ini hendak tukarkan tapak kasutnya.


Proses ratakan tapak dan kasarkan tapak.


Bukan setakat , menjahit kasut, namun khidmat menukarkan tapak kasut pun abang ini sediakan, dari tapak kasut yang pecah-pecah boleh ditukar ganti.


Sapu gam dulu..jangan hisap pulak gam tau!!!


"Abang kena tunggu lagi 30 minit tau"


Apa yang aku perhatikan selama aku duduk disitu, proses tidak lama untuk menjahit kasut, malah dalam masa tidak sampai 25 minit sudah siap.

Bayaran hanya RM12.00 sahaja untuk sepasang kasut dikenakan setelah khidmat jahitan dilakukan, maka aku pun meneliti agar berpuas hati. 

Memang puas hati kalau korang nak tahu, jahitan kemas, cermat doktor kasut ini lakukan dan yang penting bahan yang digunapakai memang dari kualiti yang baik.

Benang yang digunakan pun bukannya dari jenis sebarangan, korang tau ini benang memang untuk menjahit kasut supaya daya tahan benang ini terjamin.


Kasut dah siap dijahit.


Tapak Original tau, aku takdak tukar ok.



Memang setelah dijahit, bila disarungkan ke kaki aku terasa ada sedikit perubahannya, iaitu selesa yang amat sangat. 


Muka puas hati, sebab kasut dah jahit.


Apa-apa pun pilihan ditangan korang, aku memang akan memilih agar kasut aku berjahit supaya ketahanan kasut bertambah, dan yang penting memang berbaloi bilamana kasut dijahit.

Ucapan terima kasih dihulurkan beserta bayaran aku hulurkan kepada doktor kasut ini.








Learning

HEROIN YANG TIDAK DIDENDANG

January 14, 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat korang yang sudi membaca tulisan aku yang tidak seberapa ini dan terima kasih.

Sering kali kita dengarkan orang dok canangkan hero sahaja.

Nah, untuk kali ini aku tampilkan sedikit perbezaan, superherion tau.

Mungkin pada sesetengah orang, untuk menunjukkan kasih sayang terhadap makhluk selain daripada manusia ini berbeza-beza dalam berbagai cara.

Penyebab aku menulis cerita ini adalah bilamana aku melalui lorong dibelakang deretan kedai di Petaling Jaya iaitu di Seksyen 52.

Aku dengan tidak semena-mena terpandang, seseorang memberikan makanan kepada kucing-kucing yang berkeliaran ini.


Inilah wajahnya...

Mungkin takdir untuk aku, apabila dipertemukan dengan seorang wanita yang begitu sayang terhadap haiwan yang dari jenis kucing tau.

Aku mengamati dan mendekati wanita ini yang ku panggil "Auntie" selayaknya dia dipanggil begitu fikir aku barangkali.


Makanan sudah sampai.


Apa yang membuatkan aku begitu tertarik dengan auntie ini, kerana dia memberikan makan kepada kucing-kucing jalanan dan yang terbiar.

Tanpa mengira pegangan agama, Auntie ini masih menunjukkan sikap yang patut dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat kita.

Ini tidak, jumpa sahaja kucing jalanan, maka ada yang sanggup membuat aksi terlarang, dan ada juga jenis masyarakat berjiran dengan pengemar kucing ini membuat onar serta melakukan perbuatan terkutuk.

Insaf-insaflah ye tau, pada siapa pun yang melakukan perbuatan sedemikian.

Auntie ini siap cakap kat aku
"Saya aa, kesian sama ini kucing, sapa mau kasi makan sama dia olang"
Terkesan aku beb, mendengar kata-kata sebegitu terlontar keluar dari mulut seorang yang bukan beragama Islam.

Bertambah hormat aku pada auntie ini, bila dia menggunakan makanan kucing dari jenis yang agak mahal untuk diberikan kepada kucing-kucing tersebut.


Ehem...siap sudu lagi beb...Prodiet la...
Ada jenis wet dan pallet lagi


Aku terpandang cara auntie ini memberikan makan kepada kucing-kucing ini berlapikkan pinggan kertas.



Siap pinggan kertas lagi tau...

Korang kalau nak tahu, auntie ini mengeluarkan modal sendiri untuk membeli makanan kucing-kucing ini.

Aku bertanya kepada beliau
"Berapa kali sehari Auntie kasi makan sama itu kucing?"
"Sehari sekali I kasi makan sama diorang maa"
Alamak.... bertambah hormat aku kepada auntie ini.

Layakkah aku memanggil auntie ini sebagai 
HEROIN YANG TIDAK DIDENDANG ataupun Superheroin

Paling terkesan dihatiku ini bila Auntie ini menawarkan supaya aku membela kucing yang memang cantik ini ooo...


Ekor kembang, mata oren la...tapi
 "malu-malu kucing"


Korang jangan terkejut, auntie tu siap beritahu aku, itu kucing dia suka menyorok namun manja dengan Auntie sahaja..hahaaa.



Sombong tau!!!..heheheee


Siap nak bawa pergi klinik haiwan lagi, tujuan bagi mendapatkan suntikan ubat, kerana si kucing ini mempunyai kutu dan luka-luka kecil. Namun si kucing, seringkali melarikan diri dan Auntie sudah tidak berapa kuat hendak kejar dan tangkap.


Auntie ini siap bagi nama lagi. Embang nama diberikan kepada kucing ini.
Sebab ekornya kembang tau. Buangkan huruf K maka jadilah nama Embang.


Selesai misi Auntie hari ini memberi makan.


Kalau auntie ini boleh buat.
Mengapa kita tidak boleh lakukan perubahan.

Mengapa kita tidak menunjukkan sikap belas kasihan kita terhadap haiwan ini??




Life style

NAMA PANGGILAN PELIK

January 13, 2017

Assalamualaikum....


Errmmm...nama panggilan pelik?? Dah kenapa? Iya..kalau korang baca sampai habis korang akan tahu dan mungkin akan tergelak dan terfikir sejenak. 

Keluarga aku dari yang sulung sehingga ke bongsu semuanya bermula dengan huruf R.

Tapi yang aku pelik ngapa la arwah ayah aku dulu time-time nak letakkan nama anak dia semua harus bermula dengan hurf R.

Masa kecil aku tidak menghiraukan sangat, namun dah tua bangka ni, baru nak ambil tahu. Mungkin mengambil nama Rahmah dari mak aku kot.

Sudahlah nama pun semuanya R, dan aku masih ingat ketika di sekolah, tak mau barang kena ambil, aku tuliskan singkatan, RBA. Punya la tak mau hilang, tapi akhirnya hilang juaga, mana tak hilangnya, 'kakak dan abang cakap benda tu pun depa punya'

Kami seramai 13 orang dan nama panggilan dari anak buah pun dah pelik, dan memang kami pun kekadang gelak, ketawa dengar anak buah dok panggil.



Gambar ini sahajalah yang ada didalam simpanan aku.
Menjadi memori terindah bila dapat berkumpul macam ni.


Jadi macam ini susun atur nama-nama adik-beradikku:

  • Romizah binti Ahmad( sulung). Kami adik-adiknya panggil kak, tapi bila dah jadi mak saudara anak buah panggil Mak Long, namun telah dipanggil terlebih dahulu oleh Allah S.W.T. pada 8 tahun lepas.
  • Rohisham bin Ahmad (no 2 ). Lelaki yang pertama untuk arwah ayahku, dan kami memanggil Abang, secara sah bila dah berubah pangkat anak buah panggil Pak Ngah.
  • Rosrita binti Ahmad (no 3 ). Kakakku yang ini dah dijemput Illahi, kira-kira 18 tahun lamanya. Nama yang kami panggil Kak Odah, pelik? asal nama sedap, bila panggilan jadi lain. Dan anak buah memanggil Mak Lang.
  • Rafidah binti Ahmad (no 4). Yang kakakku inilah yang menjadi kakak sulung bagi keluarga kami, dan panggilan diberikan Mak Jang oleh anak buah. Kami panggil Kak Pidah.
  • Rosmayati binti Ahmad.( no 5 ). Kak Ti nama timangan oleh kami, dah jadi mak saudara pula, anak buah panggil Mak Andak.
  • Rosnida binti Ahmad. (no 6 ). Yang kakakku ini lagi best, Kak Yus nama manja dipanggil oleh kami. Anak buah pulak memanggil Mak Teh.
  • Rozny Umi Khalthom binti Ahmad ( no 7). Kakakku ni, nama punyalah panjang dalam kami adik beradik, namun panggilan hanya Kak Umi. Yang paling terkesan bila anak buah memanggil Mak Tam. 
  • Rozaimi bin Ahmad ( no 8 ). Timbul pulak anak lelaki waris kedua untuk arwah ayahku, paling manja nama diberi kepadanya iaitu Bangcik, jadi pak saudara anak buah panggil pulak Pak Uda.
  • Razlan bin Ahmad ( no 9 ). Yang nombor istimewa ini dipanggil Lan sahaja, waris ketiga bagi arwah ayahku, masa dapat anak buah dah jadi Pakcik.
  • Raizuddin bin Ahmad ( no 10). Adam nama timangan dalam keluarga kami, diberikan oleh Bidan yang menyambut dia dahulu, serta waris pelengkap empat penjuru alam hahaa. Tambah janggal sebab anak buah panggil Pak Su.
  • Rohaizan binti Ahmad ( no 11 ). Kalau nama dalam keluarga dipanggil Cik Yong hehee...pelik bertambah pelik, korang bayangkan anak buah memanggil Mak Yong, dah dia Mak Yong si suami pulak tentu-tentu menjadi Pak Yong,heheee.
  • Rosrina binti Ahmad ( no 12 ). Dah ada Adam timbullah Hawa pula nama panggilan diberi juga oleh Bidan yang sambut dia dulu. Masin pulak mulutnya,"nanti ada anak lagi perempuan panggil Hawa tau". Dah jadi mak saudara ni, anak buah panggil dia Mak Wa, dan agak menarik serta ada pelik disini, bila sang suami dipanggil Pak Wa..heheheee.
  • Raihan binti Ahmad ( no 13 ) Yang paling bongsu dari kami diberikan nama panggilan Adik. Anak buah pulak memanggil Mak Uda Nanti bila dah berkahwin akan bertambah pelik panggilan anak buah kepada suaminya dan Pak Uda la jawapannya..huhuuu.

Korang boleh bayangkan, sampai nama panggilan dari anak buah pun habis licin kena tapau.

Namun, nama hanya nama tanpa ada rasa hormat-menghormati antara anak buah dan Pak dan Mak saudara pun tak akan berguna tau.

Yang penting anak buah kenal akan Pak dan Mak saudara mereka, jangan kita sampai tidak kenal siapa Pak dan Mak Saudara kita tau.

Life style

WANITA HEBAT BERGELAR IBU.

January 12, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa yang tidak sayang ibu sendiri...ya barangkali korang sering mendengarkan ayat "sapa tak sayang bini oooo".

Ya...memang sering kali kita dengar dan seringkali juga kita ungkapkan, namun agak jarang kita dengarkan orang ungkapkan kata-kata"sapa tak sayang ibu ooo"

Ibu, emak, mummy, ummi, mom itulah nama panggilan yang begitu keramat untuk seorang wanita hebat yang mempunyai anak.

Sama juga dengan aku, panggilan untuk wanita yang hebat adalah emak dan singkatan mak.

Wanita hebat yang bergelar ibu ini diberi nama 
PUAN HAJJAH SITI RAHMAH BINTI HJ HASHIM.


Wajah kesayangan daku.


Aku berasa amat bersyukur kerna masih mempunyai emak di atas muka bumi ini.

Layak aku memanggil emak aku sebagai wanita hebat dek sebab emak aku mempunyai anak seramai 13 orang semuanya.

Ya, cuma seorang emak dan seorang ayah, aku mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai.

Emak aku mempunyai 9 anak perempuan dan 4 orang anak lelaki.

Selang antara seorang anak cuma dibezakan setahun dan 2 tahun setiap kami adik-beradik.

Tercapai hajat arwah ayahku, inginkan 4 orang anak lelaki untuk mengusung jenazah dia nanti. Dapatlah kami anak lelakinya mengusung jenazah ayahku.

Korang pejamkan mata sekejap, dan bayangkan bagaimana emakku membuat kerja-kerja rumah, memasak, menjaga anak-anak lagi, melayan suami lagi, fuhh makku memang hebat.

Agak-agak, kalau zaman sekarang ni ada yang terjun tingkap la aku rasa.

Memang cabaran dan dugaan emak aku untuk membesarkan anak dalam bilangan yang ramai, cuma Allah sahaja yang tahu.

Namun, dari 13 orang adik beradik sekarang cuma tinggal 11 orang.
Dua dari kami telah pergi buat selama-lamanya, yang sulung perempuan dan yang nombor 3.



Inilah adik-beradikku serami 13 orang, gambar agak rare.
Dua dari kanan korang yang perempuan
sudah meninggalkan aku buat selama-lamanya


Cuba korang bayangkan tau, dah dijaga dari kecil sampai besar dan diberikan penuh kasih sayang dari seorang ibu kepada anak-anaknya, namun Allah lebih sayang kepada anak-anak emak aku, mereka telah dijemput awal oleh Sang Pencipta kita semua. Hebat sungguh dugaan kepada emak aku.

Sudah anak dijemput Allah kembali, suami pulak dipanggil terlebih dahulu oleh Allah.



Arwah ayahku Ahmad bin Ariffin dan 
arwah kakak yang nombor 3.


Memang benar dan tepat andai aku gelarkan emak aku ini sebagai wanita yang hebat.

Membesarkan anak-anak yang masih bersekolah lagi dengan hanya berbekalkan duit pencen peninggalan arwah ayah aku,
emak memang hebat.

Sesungguhnya seorang wanita yang bergelar ibu ini sangat-sangat hebat, apatah lagi dengan mempunyai bilangan anak yang ramai.

Aku senantiasa berdoa kepada yang Maha Esa, agar usia mak di panjangkan, diberikan kesihatan yang baik dan diampunkan setiap dosa-dosanya.

Hargailah emak, sementara nyawa masih diberi oleh Allah.

Apa-apa pun,mak aku memang WANITA HEBAT BERGELAR IBU.

Permotoran

PANAS SANGAT.

January 10, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Memang panas sungguh cuaca semenjak dua menjak ini, terutama sekali waktu sebelum zuhur hingga masuk waktu asar tau.

Bertambahlah panas pulak hati bila buka ja aircond kereta kebalku itu, nah ambik hang. Mulanya sejuk aku rasai suhunya, namun setelah sejam memandu..huhuuu, cuma angin sahaja laaa..

Pada asalnya aku  tidak mempedulikan sangat bab sejuk ka panas ka, lantaklah aku fikirkan, asalkan ada sedikit rasa sejuk dan kemudian panas pun jadilah.
Aku ni kalau korang nak tahu, bab enjin memang tahu walaupun tidak banyak dan mendalam tapi bukan sampai tahap boleh tahu masalah enjin hanya mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh enjin, namun bab aircond ni aku angkat bendera putih, kang kalau dibuat sendiri aku takut keluar salji terus beb.

Sesungguhnya dikau wahai aircond, pada hari ini sangat menguji tahap sejuk serta tahap panas aku, apakan tidaknya memanjang panas saja dia keluarkan angin. Sekarang aku pun panas tambah pulak cuaca pun panas sekarang.

Jadi untuk tidak memeningkan kepala akibat panas terlampau ini, maka aku pun mengambil keputusan agar aircond keretaku itu dibuatkan penyelenggaraan oleh yang pakar.

Dengan tidak teragak-agak aku langsung ke bengkel yang memang membaiki, dan bermacam-macam lagi kerja berkaitan dengan aircond ni, semacam di panggil Pakar Penghawa Dingin Kenderaan.

Kedai ini terletak di dalam Petaling Jaya berhampiran bangunan 7Eleven sebaris dengan Affin bank Petaling jaya. 

Tapi jangan korang terkejut kerana, kedai ini terletak dibelakang, jadi korang kena masuk ke lorong belakang bangunan tersebut.
Aku nak terangkan pun aku bukannya yang selayak didalam bidang service aircond korang tau. 

Nah gambar sahaja dapat aku terangkan untuk bacaan korang.


Ini yang di dalam kereta dibawah dashboard korang


Pemeriksaan untuk memastikan kerosakan atau hanya servicing biasa.


Proses pun bermula.


Woowww...13tahun okey....hehehee..tokey kedai pun pelik.


Macam inilah rupanya benda yang dibawah dashboard.


Tabung pun kena tukarlah..sudah sumbat bos..hehehee



Hasil dalam negeri, kotor sangat beb.



Halamak...patutlah tabung gas pun tersumbat...
sudah terlampau teruk.



Khidmat 'dobi mendobi'.


Cantik ke saya ni...inilah rupa setelah selesai 'mendobi'.


Pasang balik elok-elok tau.


Proses mencantumkan kembali setelah selesai.


Dah buka pasang balik yee....


Tabung gas pun dah ditukar ganti.


Siap pasang apalagi...masuk gas la..


Sila korang pastikan jenis gas yang
 akan diisikan kedalam aircond kereta
korang tau.


Abaikan tangan ghaib itu, korang nampak tak yang putih di atas 
itu menunjukkan tabung gas dan gas anda cukup serta berkeadaan baik.



Dah berjangkit. Apa pun syukur kepada Allah, 
mujur tak jadi ditengah jalan



Belting Compresser aircond nak juga yang baru huhuu



Kau kuganti juga setelah hampir 6tahun berkhidmat
Terima kasih.





Rasmilah keretaku bernafas baharu, yerr la gas dah masuk yang baru, jantung kedua pun dah di selenggara.

Mudah-mudahan agar berkekalan baiknya aircond kereta aku tu yee....
InsyaAllah.

Like us on Facebook